Tuesday, April 24, 2012

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Syukur...

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 6:48 PM 0 komen
Dah lama tak update blog nie sebab kering idea. Pada Jumaat lepas Wa ada masuk satu program kerja dirumah oleh Jobdirumah yang menyediakan latihan khas untuk bekerja dirumah. Dah lama jugak Wa pantau kot2 terkena tipu. Sekarang mana boleh percaya sangat benda2 macam nie kat internet, banyak penipuan berlaku. Wa nie dah banyak kali tertipu tapi tak serik jugak mahu cuba.

Wa search kat pak cik Google dengan mak cik Yahoo, ramai yang beri response negatif dan positif. Tapi Wa degil jugak nak mencuba. Kalau tak cuba mana nak tahu yang tu scam atau tidak.

Hari ini terbuktinya memang ternyata bukan scam yang diperkatakan oleh segelintir orang...


Apa yang diterangkan oleh Jobdirumah sememang betul2 wujud pekerjaan yang ditawarkan di internet atau dikatakan pekerjaan maya. Mereka senaraikan syarikat2 luar negara untuk bekerja bersama mereka dan dibayar dalam USD.

Setakat ini saje entri hari ini.. Daaaa...

Saturday, April 7, 2012

Sikap-Sikap yang Perlu Dikikis Orang Melayu

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 2:04 PM 2 komen
Salam Sabtu everyone! :),

Beberapa hari yang lepas, sambil Wa webwalking and cuci mata sana sini situ. POP! Terjumpa satu thread yang menarik tertarik kau memang Da BOOM! Thread yang dibuat oleh Kedaulatan yang memetik isu sikap-sikap orang Melayu. Apa yang Wa baca disini panjang lebar ditulisnya MEMANG BENAR! Wa memang setuju benar pendapatan dia. Orang Melayu nie kurang keyakinan, lebih percaya bangsa lain, sikap bertangguh, dengki, pandai mengkritik dan bermacam-macam lagi sikap negatif. (Wa pun mengaku ada terselit sikit sikap gitu. Hehe.)

Ini Copy&Paste dari thread tersebut:

Salam warga majalah semua,

Disini saya khaskan ruangan untuk berkongsi cerita dan pandangan dari semua pihak untuk kepentingan bangsa kita. Saya harap semua dapat berbincang dengan baik dan memberi idea serta pandangan dimana kita sama-sama mencari jalan untuk membantu golongan sendiri tanpa mengambil kesempatan ke atas bangsa kita sendiri.

Saya tak tahu anda perasan atau tak kita semakin mengundur ke belakang, kaum lain sedang mengatasi kita dari politik atasan sehinggalah kekeluargaan kita sendiri. Tak takut kah jika bumi kita tergadai. Saya merayu kepada semua yang baca, lakukan lah sesuatu demi masa depan…jika anda rasa susah, sekurang-kurangnya buatlah sesuatu untuk zuriat anda. Anak kita tak perlu mewarisi kealpaan kita.

1. MEMANDANG RENDAH DAN TAK YAKIN PADA BANGSA SENDIRI
- Tanpa kita sedari kita sering kali memandang rendah akan keupayaan bangsa sendiri.bilamana seorang melayu menjalankan perniagaan atau membuat sesuatu selalunya kita tak ambil pusing dan sering kali berkata ..'ALAH TAK KEMANA PUN TU '.

Jika sikap inilah yang kita terus amalkan memang tak kemana pun kita. Sepatutnya lah kita membantu dan memberi sokongan kepada bangsa sendiri . Cuba kita bandingkan bangsa lain..cina umpamanya yang memang berjaya mendominsi ekonomi negara kita, pernah kita lihat orang cina memperlekehkan kaumnya adakah sering kita lihat perniagaan kaum cina gagal..sudah tentu tidak..kerana mereka bersikap membantu sesama mereka..

lihat sajalah kaum cina dengan pendidikan rendah pun pun mereka boleh menjadi tauke..kenapa tidak kita Kekadang kita lihat kaum cina menjalankan perniagaan yang kita sendiri merasa pelik dan tak yakin akan berjaya ..tapi tengok akhirnya mereka berjaya..sebagai contoh perniagaan pakaian anak patung.. perniagaan sewaan kostum kanak-kanak.

2. LEBIH PERCAYA PADA BANGSA LAIN
- Orang melayu kebanyakan lebih suka berurusan dengan bangsa lain dari bangsa sendiri . Yang paling menyedihkan walau sebaik mana pun projek atau perniagaan yang orang melayu lakukan , memang sukar mendapat sambutan bangsa sendiri ..alasannya melayu ni memang susah nak berjaya. Kalau begini sikap kita terhadap bangsa sendiri sampai bila pun kita tak akan mampu menguasai ekonomi negara kita .Sekarang ini orang melayu hanya menjana kurang dari 15% dalam ekonomi negara.

Sedihkan memang menyedihkan. Tapi itulah satu hakikat pahit yang terpaksa kita akui.yang peliknya orang melayu mudah mempercayai sesuatu perkara atau perniagaan dari bangsa lain tanpa menyelidiki dan mempersoalkan kesahihan serta keuntungan yang akan kita perolehi itu benar atau tidak, tetapi cubalah kalau produk atau perniagaan dari orang melayu..sehari semalam tak akan cukup diperlukan untuk orang melayu mempertikaikan dan memperlekehkan kaumnya itu sendiri.

Kadangkala idea yang diperkenalkan oleh bangsa asing itu sama dengan idea si polan berbangsa melayu ni tapi malangnya dia tak dapat sambutan bangsa sendiri.

3. SIKAP BERTANGGUH
- Orang kita ni sejak berzaman memang suka bertangguh..sikap takpe lah..biarlah..pergi dulu lah ..akhirnya bila keadaan dah betul-betul terdesak barulah tergesa-gesa nak bermula . contohnya perniagaan yang berasakan MLM . Kajian mendapati 20 tahun dari sekarang 70 peratus perniagaan nanti akan berteraskan dan berdasarkan MLM. . Ada beberapa syarikat MLM melayu ditubuhkan tapi akhirnya tersungkur kerana tiada sokongan dari bangsa sendiri.mereka lebih suka menyertai dan mengkayakan bangsa lain betapa kita telah dibutakan dengan kesenangan yang tak seberapa oleh bangsa asing ..sedangkan mereka memperolehi keuntungan berlipat kali ganda. Sedih..dan pilu bangsa melayu membunuh ekonomi bangsa sendiri.

4. DENGKI
- Orang melayu sering tak lari dari sifat dengki dan irihati. Bila kawanya berniaga dia berniaga..kawan jual tom yam dia jual tom yam akhirnya keduanya berkubur.kenapakah kita tak cuba mencari kelainan dalam bidang perniagaan..lebih bersifat nak menjatuhkan kawan dari sama-sama berjaya. .Saya merayu dan menyeru lenyapkanlah sifat2 ini demi kejayan bangsa kita orang melayu.

5. HANYA PANDAI MENGKRITIK TANPA MELAKUKAN SESUATU YANG MEMBANTU
- Kalau bab mengkritik memanglah orang kita juara ada saja yang tak kena dimata nya. Contoh..kereta nasional masa menggunakan kereta proton tak pernah pun kutuk ..tapi bila dah kaya sikit pakai kereta import , berguni dia kutuk kereta sendiri... beginikah bangsa melayu yang kononya patriotic dan cintakan nusa bangsa.. macamana kereta nasional nak bertambah maju dari segi kualiti dan pembangunanya kalau tiada sokongan bangsa sendiri..cuba kita tengok orang jepun dan korea ada mereka pernah mengkritik kereta , barangan buatan negara mereka.

Memanglah dari segi dasar kita masih muda banyak perlu di perbaiki. Begitu juga dalam segi ekonomi dan perniagaan ..asal perniagaan tu milik orang melayu pasti teruk dikritik..tapi bila dah betul-betul berjaya dipuji pula..pelik tapi benar tu lah bangsa kita. Kenapa tidak kita mengambil iktibar dari dasar pandang ketimur yang telah lama diamalkan..contohi masyarakat jepun dan korea..banggakan dan menyokong penuh perniagaan dan produk sendiri.

6. TIADA SOKONGAN BANGSA SENDIRI.
- Orang kita memang hebat..tahukah kita kita mampu menaikkan dan menjatuhakan sesuatu perniagaan. Bila sebut sebab cintakan NUSA BANGSA..PATRIOTIK ..waaaah dengan gahnya melayu berkata akulah penegak kedaulatan bangsa dan negara. Tapi cuba kita fikirkan balik untuk apa..kita pertahankan negara demi kemakmuran bangsa lain..dari segi ekonomi ..kenapa tidak jua kita bangkitkan kesedaran PATRIOTIK ekonomi sama sebagaimana kita perjuangkan kedaulatan tanah air.. Jadi kenapa kita masih teragak-agak membantu anak bangsa sendiri dalam perniagaan atau apa jua bentuk program pembangunan yang mana akan sama kita kecapi kemakmurannya.

Dewasa ini kita banyak disogokkan dengan budaya barat yang memperjuangkan ekonomi kapatalis yang mementingkan keuntungan semata-mata.. Kita layu di buai angan kekayaan yang bakal dikecapai dari kemenangan MAGNUM 3D dan 4D. lottery skim cepat kaya..cabutan bertuah, SMS peraduan dan sebagainya.. pelik tapi tulah hakikat orang kita masih lagi khayal..hanyut dalam angan dan buaian kesenangan yang belum pasti milik kita.

Tujuan saya menulis ni sekadar menggambarkan secara ringkas kelemahan kita sendiri dalam ekonomi di negara kita yang makmur.
Saya merasa terpanggil untuk menerangkan hal ini memandangkan banyak orang kita membazirkan wang kepada benda-benda yang tak berfaedah dan belum tentu ada hasilnya.Kenapa tidak kita membantu saudara kita yang lain yang mungkin memerlukan sumber kewangan untuk menjalankan perniagaan dan sebagainya.

Cuba bayangkan berapa banyak yang kita bakar wang untuk rokok sebulan..berapa banyak yang kita pertaruhkan untuk nombor ekor berapa banyak jumlah wang digunakan untuk SMS sebulanberapa harga minyak yang terpaksa anda keluarkan untuk mendapatkan semua tu..semuanya perkara yang sia-sia..

Akhir kata cuba renungkan dan fikir-fikirkan seketika dimana kita .Kawan ketawa ramai ..kawan menangis memang susah nak cari.
Bila susah sendiri tanggung. Bank tetap kejar penghutang. Kereta tak bayar tetap kena tarik.
Program ini bukanlah
program skim cepat kaya atau MLM tetapi satu program menjana ekonomi individu. Tiada unsur paksaan, penipuan atau belian barangan, hanya satu program pengumpulan dana secara berkelompok Satu lagi nasihat saya janganlah bergantung pada hanya satu sumber pendapatan. Jikalau anda berkerja kerajaan cuba-cubalah cari sumber pendapatn lain.

Sebagai galang ganti sekiranya perkerjaan anda yang asal menghadapi masaalah. Lihat kaum cina berapa kerja dia buat dalam satu masa..tak hairanlah mereka ejen insurans disamping kerja hakiki. join MLM dan sebagainya. Dan hasilnya mereka hidup mewah.

Negara kita kaya dan makmur kenapa kita biarkan hanya bangsa lain saja yang nikmatinya. MELAYU BOLEH MALAYSIA BOLEH. Kita ada semua kebolehan gunakan.Pelajar terbaik adalah melayu.. Pencetus pengunaan teknologi Nano dalam perindustrian ..pelajar melayu. Gabenor bank terbaik dunia,orang melayu.. tiada sebab orang melayu tak boleh maju.. kaji diri dan baiki kelemahan ambil segala peluang yang ada serta bersatu pasti kita MAJU. Pastikan orang melayu kembali menerajui negara dalam apa segi sekalipun ekonomi politik dan social.

Mungkin ada sesiapa yang tercari-cari sumber kewangan untuk menambah pendapatan..bolehlah melihat program ini dan mungkin juga sesiapa yang menyertai program ini terdiri dari mereka yang betul-betul memerlukan sumber kewangan atau di dalam keadaan kesempitan wang , jadilah terpulanglah kepada anda mahu menyertainya menambah pendapatn anda serta membantu mereka atau tidak.

TEPUK DADA TANYA IMAN.



Memang betul apa yang diperkatakan oleh mereka dan mereka yang memberi komen. Ramai tu yang reply kat thread ni memberi pendapatan masing-masing. 

Dulu pun masa Wa tingkatan 4 dah bermula berniaga jajan, keropok lekor, bihun goreng, kuih-muih dan macam-macam lagi kat depan rumah. Mula-mula berniaga memang susah la nak dapat pelanggan tapi alhamdulillah lama kelamaan makin ramai yang membeli. Tapi sayangnya tak lama sebab timbul hasad dengki orang kami pun terpaksa tutup atas sebab-sebab tertentu. Masa kena tutup Wa masih belajar kat kolej, so mak yang ambil alih pulak. Walau apa-apa pun rasa bersyukur sebab dapat jugak pengalaman mencari duit sendiri. Hehe.

Renung-renungkanlah ye! dan berpikir sejenak and bertindak.. Time to change :) Bubye!


Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting