Thursday, March 29, 2012

Extravagant Challenge/ Skip-Beat!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 2:19 AM

Sekarang nie Wa dok melayan cerita drama taiwanese pulak. Kalau sesiapa yang gila baca komik dan tengok anime dah tentu dapat agak cerita ni mengenai ape. Drama taiwanese nie dorang gabungkan pelakon taiwan dengan pelakon korean bersama-sama dalam drama Skip Beat. Skip Beat nie pun diadaptasi dari sebuah komik japanese Skip Beat. Kalau tak salah aku, version drama japanese pun ada. Lakonan daripada pelakon terkenal Yamapi.
Skip Beat nie mengisahkan gadis bernama Gong Xi (Ivy Chen) sanggup berkorban demi teman lelakinya, Bu Puo Shang (Lee Dong Hae) untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Satu hari tu, Puo Shang tiba2 berpisah dengan Gong Xi yang meninggalkan Gong Xi sebatang kara. Sejak itu, Gong Xi ingin membalas dendam dengan menyertai dunia artis untuk menjadi seorang artis lebih terkenal untuk mendapatkan kembali Puo Shang. Disitu, Gong Xi berjumpa dengan Duan He Lian ( Choi Si Won) yang juga satu agensi dengan dia.
Aku baru aje tengok episode satu. Boleh tahan kelakar jugak drama nie! Haha! Tapi kalau Ivy Chen tu tukar dengan Rainie Yang lagi best kot. Huhu. Apa2 pun Ivy Chen pandai jugak berlakon watak childish. Sejak aku dapat tau mengenai drama nie, terus aku cari kat mak cik Youtube. Ade part Press Conferrence drama nie dibuat. Gong Xi dengan pelakon wanita lagi satu nie aku tak kenal siape entah (sebab aku tak tengok habis cerita nie lagi) ditanya, jika diorang diberi pilihan jejaka mana diorang nak pilih. Dua2 pilih Dong Hae! Kelakar lar Si Won kecewa. Haha! Tak ape Si Won! Wa akan pilih! Bwahahah!
Itu sahaja untuk entry kali nie. Jom tengok drama taiwanese Skip Beat sama2!.. Yokkk!!!

0 komen:

Post a Comment

Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting