Tuesday, March 27, 2012

Ambik Pengajaran Dari Drama Hot Blood

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 2:51 AM

Nak kata Wawa nie terlampau minat sangat drama korea tak jugak. Wawa layan aje mane yang nampak menarik jalan cerita atau sinopsis samaada korean, japanese, taiwanese, thailand dan macam2 lagi. Wa paling suka yang jenis comedy and action. Kalau dapat yang drama slow macam siput tu dah mendodoi Wawa terus tidur. Haha.
Baru-baru nie Wa layan cerita Hot Blood kat kbsworld, walaupun Wa agak lewat tengok drama tahun 2009 nie. Huhu. Biar lewat jangan tak langsung tengok kannn..
Hot Blood nie mengisahkan seorang penjual kereta bernama Ha Ryu. Dia jenis memegang prinsip menjual kereta mesti memahami kehendak pelanggan walaupun kena maki hamun pun, dia tetap akan cari penyelesaian untuk mengambil hati pelanggan. Pada suatu hari tu (skemanye ayat), ada incident dia hilang semangat untuk bekerja dalam industri jualan kereta sejak salah seorang pelanggannya mengalami kemalangan atas sebab kereta tu bermasalah. Tanpa disedari kemalangan tu melibatkan ayahnya jugak. Kedua-duanya meninggal dunia, dia mula salahkan dirinya lah penyebab semua tu berlaku dan pada masa yang sama dia juga ditinggalkan oleh kekasihnya. Kesian time tu.. huhu..
Setelah setahun dia menyepi, semangat dia kembali pulih setelah dia berkenalan dengan Raja Penjual Kereta. Dari situ dia mula kembali untuk mencapai impiannya semula.
Wahhh... pandainya Wa buat sinopsis! Haha! (Sekali sekala puji diri sendiri). Dah lama tak karang sejak tamat sekolah. Hehe. Apa2 pun bagi Wa drama nie best walaupun pelakon tak berapa popular. Sejak tengok drama nie lah, semangat Wa naik balik untuk meneruskan cita2 sampai dapat. Cita2 Wa tak ade siapa yang tau lagi. Heheh. Nanti diorang... korang.. dan korang akan ketawa pulak bila tahu nanti. Biarlah rahsia dulu, tunggu tercapai baru lah bongkar ye! Tata!

0 komen:

Post a Comment

Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting