Thursday, March 29, 2012

Extravagant Challenge/ Skip-Beat!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 2:19 AM 0 komen

Sekarang nie Wa dok melayan cerita drama taiwanese pulak. Kalau sesiapa yang gila baca komik dan tengok anime dah tentu dapat agak cerita ni mengenai ape. Drama taiwanese nie dorang gabungkan pelakon taiwan dengan pelakon korean bersama-sama dalam drama Skip Beat. Skip Beat nie pun diadaptasi dari sebuah komik japanese Skip Beat. Kalau tak salah aku, version drama japanese pun ada. Lakonan daripada pelakon terkenal Yamapi.
Skip Beat nie mengisahkan gadis bernama Gong Xi (Ivy Chen) sanggup berkorban demi teman lelakinya, Bu Puo Shang (Lee Dong Hae) untuk menjadi seorang penyanyi yang terkenal. Satu hari tu, Puo Shang tiba2 berpisah dengan Gong Xi yang meninggalkan Gong Xi sebatang kara. Sejak itu, Gong Xi ingin membalas dendam dengan menyertai dunia artis untuk menjadi seorang artis lebih terkenal untuk mendapatkan kembali Puo Shang. Disitu, Gong Xi berjumpa dengan Duan He Lian ( Choi Si Won) yang juga satu agensi dengan dia.
Aku baru aje tengok episode satu. Boleh tahan kelakar jugak drama nie! Haha! Tapi kalau Ivy Chen tu tukar dengan Rainie Yang lagi best kot. Huhu. Apa2 pun Ivy Chen pandai jugak berlakon watak childish. Sejak aku dapat tau mengenai drama nie, terus aku cari kat mak cik Youtube. Ade part Press Conferrence drama nie dibuat. Gong Xi dengan pelakon wanita lagi satu nie aku tak kenal siape entah (sebab aku tak tengok habis cerita nie lagi) ditanya, jika diorang diberi pilihan jejaka mana diorang nak pilih. Dua2 pilih Dong Hae! Kelakar lar Si Won kecewa. Haha! Tak ape Si Won! Wa akan pilih! Bwahahah!
Itu sahaja untuk entry kali nie. Jom tengok drama taiwanese Skip Beat sama2!.. Yokkk!!!

Tuesday, March 27, 2012

Ambik Pengajaran Dari Drama Hot Blood

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 2:51 AM 0 komen

Nak kata Wawa nie terlampau minat sangat drama korea tak jugak. Wawa layan aje mane yang nampak menarik jalan cerita atau sinopsis samaada korean, japanese, taiwanese, thailand dan macam2 lagi. Wa paling suka yang jenis comedy and action. Kalau dapat yang drama slow macam siput tu dah mendodoi Wawa terus tidur. Haha.
Baru-baru nie Wa layan cerita Hot Blood kat kbsworld, walaupun Wa agak lewat tengok drama tahun 2009 nie. Huhu. Biar lewat jangan tak langsung tengok kannn..
Hot Blood nie mengisahkan seorang penjual kereta bernama Ha Ryu. Dia jenis memegang prinsip menjual kereta mesti memahami kehendak pelanggan walaupun kena maki hamun pun, dia tetap akan cari penyelesaian untuk mengambil hati pelanggan. Pada suatu hari tu (skemanye ayat), ada incident dia hilang semangat untuk bekerja dalam industri jualan kereta sejak salah seorang pelanggannya mengalami kemalangan atas sebab kereta tu bermasalah. Tanpa disedari kemalangan tu melibatkan ayahnya jugak. Kedua-duanya meninggal dunia, dia mula salahkan dirinya lah penyebab semua tu berlaku dan pada masa yang sama dia juga ditinggalkan oleh kekasihnya. Kesian time tu.. huhu..
Setelah setahun dia menyepi, semangat dia kembali pulih setelah dia berkenalan dengan Raja Penjual Kereta. Dari situ dia mula kembali untuk mencapai impiannya semula.
Wahhh... pandainya Wa buat sinopsis! Haha! (Sekali sekala puji diri sendiri). Dah lama tak karang sejak tamat sekolah. Hehe. Apa2 pun bagi Wa drama nie best walaupun pelakon tak berapa popular. Sejak tengok drama nie lah, semangat Wa naik balik untuk meneruskan cita2 sampai dapat. Cita2 Wa tak ade siapa yang tau lagi. Heheh. Nanti diorang... korang.. dan korang akan ketawa pulak bila tahu nanti. Biarlah rahsia dulu, tunggu tercapai baru lah bongkar ye! Tata!

Tuesday, March 13, 2012

Mampu Ke Aku Beli Laptop Alienware?

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 12:33 AM 2 komen

Sedih betul sejak laptop Compaq kesayangan Wa rosak. Ayah pulak free-free aje bagi kat kawan yang kononnya laptop tu dah tak boleh diselamatkan lagi. Tak tahu la mau percaya atau tidak bila dia cakap ade minyak kat tempat letak cd menyebabkan minyak tu merebak habis kena satu motherboard. Kalau dah kena semua dah tentu Wa punya laptop tak boleh hidup la!. Tapi masalahnya laptop gua hidup cuma screen saje jadi gelap. Geezz.. Setelah berbulan bagi kat dia, ayah mintak balik laptop tu. Batang hidung pun dah tak nampak orang tu 2 minggu.
Dan sekarang terpaksa la beli laptop baru. Huhu. Wa tertarik dengan laptop alienware. Hehe. Sebelum nie mau Alienware M14x, tetiba bila nampak M18x teringin pulak nak yang ini. Harga pun memang cantik la!. ( nak yang mahal2 jer,ngade-ngade). Well.. buat masa nie hanya mampu berangan aje la. Huhu. ( sambil makan buah berangan)
Apa yang menarik sangat Alienware M18x nie?








Tak payah ler Wa mau karang banyak-banyak macam esei buat time sekolah dulu-dulu. Copy and paste jer :). Memang best bagi orang yang jenis kaki game. Tapi Wa mau beli sebab nieee...


Ade lampu gitu kat keyboard keys yang tiada pada laptop lain. ( padahal boleh beli peralatan tambahan kat lowyat, ade ke? ). Boleh la main tap tap keyboard dalam gelap, romantik sikit berdua dengan laptop alienware. Hehe. Choiiii!
Nak kata Wa bukan la kaki game. Main sikit-sikit boleh le. ( yeke? Leh caye ke? ). Wa lebih suka pasang movie kat laptop bila dah habis download terus boleh tengok. Lagi-lagi laptop support Full HD movie. Lagi best! Mau layan movie.. Walaupun kat laptop nie ade tambahan untuk 3D, Wa rasa tak payah kot tambah. Wa bukan layan sangat 3D nie, sekali sekala je. Kang rugi pulak mau tambah. Huhu.
Apa-apa pun, tunggu dan lihat sambil mengumpul duit. Kalau asyik berangan sampai ke awan pun tak tercapai pulak. Ok adioosss..

Wednesday, March 7, 2012

Hanya mampu berdiam diri

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 1:47 AM 2 komen
Aku memang seorang pendiam
Aku diam untuk mengelak mulut bercakap bohong
Aku diam untuk mengelak mulut mengumpat orang
Aku berdiam diri daripada bercakap yang akan menyakiti hati orang
Penat asyik jaga hati orang, tapi kita yang disakiti
Penat asyik dengar alasan yang sama bila ditanya
Lebih baik mendiamkan diri apabila kena marah, supaya tak jadi parah
Betul cakap orang, tenang-tenang air jangan disangka tiada buaya
Diam tak bermakna 'yes, I accept it'
Diam ada niat tertentu, samaada niat yang baik ataupun niat yang buruk
Orang yang pendiam memang merbahaya..
Fikir-fikirkanlah..
Heheheh... (Evil laughing)
Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting