Wednesday, February 8, 2012

Hari Thaipusam - Tak Sah Aku Tak Join

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 5:13 AM 2 komen
Rumah aku memang dah dekat dengan Batu Caves, bukan tinggal dalam gua tu tau! Asal datang Hari Thaipusam aje kita sudah tentu tahu kan tempat yang akan ramai dikeremuni oleh orang ramai pastinya di Batu Caves.
Dalam banyak yang aku tengok la, paling menarik perhatian orang ramai adalah orang ini.



Ewwww....!! Tak sakit ka??? Aku tengok pun rasa yang aku kena cucuk tergantung macam buaian jadi tontonan orang ramai kat situ. Huhu. Aku tak tahu la kenapa kepercayaan mereka sampai macam gini sekali menyeksa anggota tubuh badan. Bagi kami yang beragama Islam dah tentu berdosa tau menyeksa diri sendiri.



Inilah keadaan disekitar berdekatan Batu Caves nie. Confirm sesak dengan kenderaan di 2 hala jalan. Yang hang dan hang marah-marah pasal sesak berjam-jam menunggu kenapa? Dah patut tau kawasan tu dah tentu akan sesak. Guna akal ye pengguna jalan raya! Haha!
Bila hampir aje habis selesai perayaan tu, mereka nie tak ade tong sampah ker mahu buang?



Habis Batu Caves nie dipenuhi dengan sampah sarap mengalahkan orang yang pergi Konsert Jom Heboh. Hehe. Kesitu pulak pikiran aku melayang.
Sekian untuk post kali ini.

Thursday, February 2, 2012

Ours Special Valentine`s Date

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:19 PM 8 komen

Hari Valentine dah hampir dekat. Masing-masing yang dah berpunya confirm menghitung hari mahu keluar bersama kan?. Ade yang tengah berfikir hadiah ape yang nak di exchange. Betul tak? Betul tak? Itulah yang selalu berlaku pada setiap tahun. Wawa? Dah berpunya bersama dengan pencipta diri yang Maha Esa dan Maha Penyayang :). Hadiah Wawa hanya berbekalkan doa sahaja.
Orait! Cukup. Semalam seharian jugak kami satu BFF pergi bersenam kaki berjalan-jalan di Midvalley Mall dan juga The Garden. Dah lama kami merancang mahu keluar bersama tapi tergendala atas sebab masing-masing sibuk. Akhirnya kami dapat keluar, berjalan sakan sana sini.


Sempat lagi bergambar buat kenangan bersama. Nanti bila dah tua ( Dah tua ker?) Kerepot dan masing-masing dah ade ehem ehem susah mahu keluar bersama nanti. Huhu. Ke situ pulak Wawa berfikir jauh ke Korea. Hehe. Alhamdullidah dah hampir 6 tahun kami kawan bersama. Dah macam-macam kami harungi sebagai kawan rapat GILE. Masing-masing dah kenal perangai sesama. Walaupun pernah bergaduh kami tetap berkawan sampai sekarang. Gaduh manja-manja anak kucing aje pun. Hehe.
Oh ye. Gambar yang kami tangkap diatas nie dekat The Garden. Kawan Wawa yang seorang nie takut benar mahu berdiri lama-lama kat laluan berkaca tu. Takut mana tau kan pecah tetiba. Haha! Asalkan jangan berlompat-lompat macam katak pakai high heels kat situ sudah lar. Agaknya laluan berkaca tu boleh retak dan pecah.


Kyahh.. Pada awal rancangan Wawa mahu makan mee sizling tapi bila dah sampai Midvalley Megamall kat Food Juntion tetiba pulak berubah fikiran ikut kawan mahu makan Bento kat kaunter Japanese. Hehe. Ape nama entah bento yang Wawa beli nie. Nama pelik-pelik memang susah nak ingat. Yang penting ade nasi dan ayam goreng dalam bento tu. Tapi Wawa tak dapat nak habiskan semua makanan. Cuma tinggal sayur kubis ( dah tentu aku tak makan!), jeruk ape kejadah kecik-kecik warna kuning tu dan air soya yang agak masin wekkk. Perut kenyang gile wehh.
Duduk sekejap, rehat-rehat perut yang dah penuh teramat gila tu. Baru lar kami berjalan-jalan satu Midvalley. Sepanjang kami berjalan-jalan, kami hanya beli makanan sahaja. Haha! Makanan lagi. Dapat jugak kami jumpa dan beli Cream Puff yang diinginkan :). Sebelum balik kami singgah Jusco beli tart telur. Hehe. Kesian kawan Wawa seorang nie mahu beli Takoyaki tapi ramai sangat order time tu. So, dia tak jadi nak beli. Kempunan kawanku mahu makan Takoyaki. Haha! Tak ape! Tak ape Kak Ayu ye. Jusco kat rumah kan ade jual. Hehe.
Hampir nak malam barulah Wawa sampai kat rumah. Penat gila ya amat berjalan sana sini. Yang penting kami enjoy gelak tak habis-habis. Hehe. Balik sahaja mandi pun masih rasa penat terus tertidur sambil mahu tunggu kakak masak Puding Karamel :).
Akak dan adik gelak yang Wawa terus bangun semata-mata tak mahu lepaskan makan Puding Karamel tu. Cepat aje Wawa bangun bila dah siap. Hehe. Wawa kan kuat makan walaupun time tu baru lepas habis makan tat telur dan cream puff.
Lain kali kalau dapat lagi pergi, duit ade banyak.. Dah tentu beli banyak sikit cream puff. Hehe :)
Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting