Monday, August 6, 2012

Ubat Penawar Bagi Kucing Kena Racun

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:34 AM 29 komen
Assalamualaikum :),


 Baru-baru nie anak kucing Wa kena racun sebab dia jilat semburan ubat untuk hilangkan kurap. Pada mulanya Wa tak tahu kita masih boleh lagi selamatkan kucing walaupun kena racun. Biasa tengok drama orang kena racun tak dapat diselamatkan lagi. Huhu~ <<--- banyak sangat tengok drama lagi.

Ok buat masa nie Wa tahu ada 2 ubat penawar yang boleh sembuhkan kucing kesayangan korang daripada keracunan:

1) Air Nyiur Kelapa Muda


2) Activated Charcoal Tablet

Pertama, kalau korang tengok kucing korang lain macam saje dan jadi tak betul seperti kena sawan, mata hitam menjadi besar dan murung kemungkinan kucing korang terkena racun. Tak kiralah termakan racun tikus ataupun racun rumput janji korang kena bertindak cepat sebelum terlambat.

Anak kucing Wa dia jadi tak betul macam kena sawan ke sana ke sini. Cepat-cepat bagi minum air nyiur Kelapa Tua. Dekat rumah Wa tak ada Arang kayu dan air Kelapa Muda, jadi pakai aje lah air kelapa tua yang kebetulan ada sebab Mak nak buat kuih. Nasib baik ada.

Kalau kucing korang berdegil tak nak minum, paksa saje kucing korang kalau Sayang kucing. Anak kucing Wa berdegil jadi caranya, isikan air nyiur Kelapa Tua tu dalam botol kecil dan terus sumbat dalam mulut kucing.

Ini adalah botol kecil yang memang khas untuk haiwan:
Botol nie dah berapa tahun kat rumah sejak dulu anak kucing Wa sakit tak ada selera makan. Walaupun ada nama "dog it", untuk kucing pun boleh guna. Botol kecil nie boleh didapati di kedai haiwan. Cakap aje kat tauke yang korang nak botol susu bagi kucing minum. Disebabkan lubang puting tu kecil jadi Wa gunting bagi besar senang nanti keluar air banyak. Kalau tak ade time kecemasan, korang boleh aje guna pakai straw suap.

Bagi kucing minum air kelapa banyak-banyak dan selebihnya mandikan kucing tu dengan air kelapa sambil usap-usap kat leher kucing. Itu cara Wa lar bagi dia jadi tenang sikit tak meragam sana sini. Cara satu lagi balut badan kucing dengan kain supaya senang kita nak suap. (Jangan balut ketat pulak, ini untuk yang kena sawan)

Hari kedua, masih lagi Wa bagi anak kucing minum air Kelapa Tua sikit dan Wa gatai bagi jugak air Arang Kayu supaya hilangkan asid racun dalam badan anak kucing. Mana tahu ada lagi kot. Huhu~

Ini Arang Kayu yang digunakan:

Seperti Wa cakap tadi, dekat rumah Wa tak ada Arang Kayu jadi mintak kat jiran sebelah :D HeHe~ Ambik sikit saje tak perlu banyak sangat. Tumbuk guna lesung batu lepas tu masukkan ke dalam air dan sumbat bagi kucing minum. Bagi yang ada Activated Charcoal Tablet ambil separuh tablet saje. Biasa boleh dapatkan Activated Charcoal nie di farmasi.

Anak kucing Wa mula keracunan waktu tengah malam, jadi inilah satu cara-caranya yang Wa dapat buat. Tak kan nak hantar kucing pergi klinik haiwan malam-malam buta. Wa tak tidur seharian jaga anak kucing nie sebab setiap masa Wa sumbat air kelapa tu. Risau punya pasal~ Yang penting kena bertindak cepat kalau dah tahu tanda-tanda kucing tu keracunan. Sebenarnya 3 anak kucing terkena racun tapi.... yang seekor tak dapat diselamatkan sebab LAMBAT BERTINDAK!

Wokeh dah masuk Hari Ketiga tu, Wa suap anak kucing makan bagi ada tenaga. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat! Dah Hari Ketiga anak kucing masih bernyawa lagi sampai sekarang. Cuma awal-awal tu anak kucing tak ada selera makan. Itu biasa, macam Wa jugak bila keracunan makanan sehari dua tak ada selera makan. Dah kurus bertambah kurus lagi. Huhu~

Ini makanan yang diberi:

Hari Ketiga anak kucing dah OK boleh makan sikit makanan kucing walaupun tak makan banyak dan dah mula minum susu ibunya. Seronok sangat! Pada mulanya anak kucing tak mahu makan Whiskas tapi Wa paksa jugak sumbat guna sudu kecil yang rembat kat hotel dulu. Hehe~ Berguna jugak. Kali ini anak kucing boleh makan tanpa paksaan.

Sekarang anak kucing Wa dah mula bermain :) walaupun tak berapa aktif sangat tapi tak apa dia dah OK. Cuma perlu dipantau setiap masa..

Ini gambar anak kucing manjaku:

Yup! She`s SPECIAL! Sebab dia ada 6 jari kaki berbanding kucing lain yang ada 5 jari kaki.. <---- macam Hrithik Roshan pulak..

Thursday, August 2, 2012

Song - Song Couple Running Man

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 6:30 AM 5 komen

Agak terlambat jugak lar Wa baru nak tengok rancangan Running Man nie huhu~ Wa mula tengok sejak berapa hari lepas sampai tak berhenti tengok, asyik sambung dan sambung episode seterusnya. Memang kelakar sangat-sangat tengok reaksi MC Running Man haha! Ini punca Shinzu (kawan Wa) yang tunjuk variety show nie.. Bila Wa tengok  episode yang Shinzu pasang tang SNSD (Shinzu minat SNSD) Wa dah mula suka tengok Running Man :D. Sambil buat muka comel mintak semua episode yang Shinzu ada ke~ ke~ ke~

Sepanjang Wa tengok Running Man sampai episode 10+ baru perasan yang Jae Suk tu macam pernah tengok kat mane ek? kat mane ek? Turn on KBS TV rancangan Happy Together yang rambut kerinting macam Alley Cat sikit tu barulah "Hah! patut lar macam kenal!". Sebab selalu Wa tengok Happy Together gelak-gelak tanpa tau pun nama setiap diorang huhu~

Yang best tengok Running Man nie sebab Jae Suk lar suka sangat buat kelakar. Kwang Soo pulak kesian pulak tengok dia selalu kena buli dengan diorang yang lain. Hehe. ada satu episode tu kelakar bila part Kwang Soo pulak jadik boss XD mula mengarah orang. 

Eh kemana pulak Wa bercerita nie? Tajuk lain tapi cerita lain Hehe~ Sebenarnya Wa memang suka tengok Song Joong Ki dengan Song Ji Hyo. Kan best kalau diorang buat We Got Married pasal diorang nie. Hehe~. Permintaan eamai peminat bukan Wa saje. Wa tak suka tau dalam Running Man ada Monday Couple Ji Hyo dengan Gary hmphh! Kenapa tak buat Ji Hyo dengan Joong Ki... Kan comel jer mereka berdua....

*Sila pause music player ye~http://www.emocutez.com



Buat masa nie Wa baru tengok episode yang ke 40+. Sedih lar bila sampai episode 41, Song Joong Ki terpaksa meninggalkan Running Man sebab dia dah mula sibuk dengan rakaman drama terbaru dia. Huhu~ Air mata Wa keluar bila tengok Song Ji Hyo pun menangis dan juga Kwang Soo. Huhu! Malunya Wa menangis~ ~.~.. Dengar cerita dia akan muncul balik dalam Running Man around episode 65 or 66 gitu. Wah! nanti tengok! 

Sekarang dia tengah buat rakaman drama "Nice Guy" bersama dengan salah seorang daripada Running Man, Lee Kwang Soo. Tak sabarnya nak tengok drama nie. Perwatakan yang Joong Ki pegang kali ni sebagai cold-hearted womanizer. Hah! Nak tahu kena tengok! Drama nie kemungkinan akan ganti Bridal Mask pada September ini. Wah! Harap dapat tengok kat channel KBSWorld yang Wa ada.

Status: tengah demam Running Man haha!~http://www.emocutez.com

Sunday, July 29, 2012

Kerja Sambilan/ Part Time Dari rumah (Jobdirumah)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 11:01 AM 43 komen
Assalamualaikum, http://www.emocutez.com
Banyak kerja sambilan di internet yang boleh kita jumpa dan banyak juga yang hanya penipuan semata-mata saje untuk mengaut keuntungan. Jadi kita pandai2 lar ye siasat dulu sebelum sertai sesuatu bisnes atau program buat duit di internet.

Okeh! Salah satu pendapatan pasif Wa selama ini adalah melalui Jobdirumah. Diorang nie menawarkan latihan untuk bekerja secara Freelance (Kerja Bebas) dengan syarikat antarabangsa. Wow! Bunyi macam menarik jer kan. Tapi Wa dapat pendapatan pasif dari JDR sebagai Agen Affiliate saje. Ini bukti bayaran komisen yang diterima Wawa sehingga ke hari ini.


Wa bermula promosi sejak bulan April tahun ni lagi dengan hanya menggunakan platform Blogspot saje. Percuma saje! Tak perlu pun nak keluar duit promote sana sini bagai yang memenatkan tapi kenalah pandai bermain keyword untuk dapatkan ranking tinggi kat page google. Macam mane tu? Wa akan terangkan untuk next entry kalau ada masa huhuk~

Yang paling best sekali sekarang ni diorang dah naikkan komisen Wawa dan upgrade jadi VIP Partner YAY! http://www.emocutez.com


Seronoknye komisen pun dah bertambah http://www.emocutez.com

Wa bukan saje jadi Agen Affiliate diorang saje tapi Wa bayar untuk sertai latihan yang JDR berikan dengan hanya RM30 jer. Hehe~ Eh macam mane tu? Kat website tu bayaran RM50? Ada tekniknya.. Korang join jadi Affiliate JDR (Percuma saje) lepas tu beli latihan diorang guna link Affiliate korang. Mudah jer! Kalau tak ada duit sangat2 sangat2 lar kan. Join dulu Affiliate JDR lepas tu dah ada duit baru beli latihan diorang. Sebenarnya memang JDR sarankan beli latihan diorang sebab senang nanti nak terangkan kalau ada orang tertanya2 ape kemenda tu.. Bila kita beli kita tahu..

Wa pun tak nak sia-siakan duit yang labur kat sana so, Wa mencuba apa yang diajar dalam latihan tu. Dan Alhamdulillah dapat 1 bayaran dari 1 syarikat dan 1 bayaran daripada majikan individu..



Ok lar dapat sikit pun jadi. Yang mahalnya Wa dapat pengalaman baru dan ilmu baru di dunia internet. Tapi Wa dah berhenti tak nak terima tawaran lagi sebab banyak kerja lain yang Wa nak buat huhuk~ Memang sayang majikan nie nak gunakan service Wa lagi tapi nak buat macam mane banyak lagi projek lain yang nak kena buat. Bila kita kerja dengan diorang nie dan siapkan dalam tempoh diorang bagi so senang diorang akan hire kita lagi.

Kalau berminat untuk sertai dan buat kerja sambilan ni pun boleh. Boleh pergi kat link ni.. KLIK SINI.

Selamat Mencuba http://www.emocutez.com



Friday, July 27, 2012

Cara Clear atau Deposit Cek (CIMB)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 2:23 PM 19 komen
Assalamualaikum, http://www.emocutez.com

Penat betul hari ni pergi bank CIMB dalam bulan puasa macam ni bertambah pulak panas.http://www.emocutez.com
Mentang-mentang Wawa baru dapat Baucer Cagaran daripada kolej semalam terus pergi bank CIMB clear cepat-cepat hehe~ Sepatutnya Wawa tuntut cagaran tu 2 tahun lepas tapi disebabkan KEMALASAN melanda diri yang sengaja dibuat, tu yang baru tahun ni dapat.

Bagus jugak ek kena timing nak BERAYA ni lalala~ http://www.emocutez.com


Wokeh! Ada 3 pilihan kalau nak clearkan atau deposit cek dekat bank:

1) Pergi ke kaunter - Nak tunggu tu satu masalah pulak.. SKIP
2) Mesin Deposit Cheque (lama) - Ini melecehkan sebab nak kena isi maklumat kat sampul itu lar ini lar.. SKIP
3) Mesin Deposit Cheque (baru) - Paling mudah digunakan (Recommended!)

Cara-cara Nak Guna Mesin Deposit Cheque (baru):

1) Mula2 tu jangan lupa isi maklumat seperti No Akaun, Nama dan No Telefon kat belakang Cek tu (Noted!)
2) Pergi kat mesin tu sentuh skrin dan akan keluar paparan pilihan Bahasa (Ikut suka lar nak pilih)
3) Masukkan No Akaun lepas tu sentuh masuk (Jangan lupa tengok nama dipaparkan tu betul ker tidak)
4) Masukkan pulak jumlah RM cek tu (Kalau ada lebih dari 1 kena lar calculate sendiri ye)
5) Lepas tu keluar lampu hijau kelip2 baru lar masukkan cek dan akan keluarlah resit.

Ok siap! Mudahkan! Tapi ingat! http://www.emocutez.com
Double check maklumat yang diberi kat belakang cek tu ye~ Biasa nak tunggu 3 hari bekerja lar dorang akan proses. Kalau sebelum pukul 11 pagi dorang akan proses pada hari yang sama.

Step terakhir JOM! Shopping bbeli barang untuk Hari Raya! http://www.emocutez.com

Friday, July 20, 2012

TokYo StReet + TS JuLy 2012

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 7:36 PM 2 komen
Assalamualaikum... http://www.emocutez.com

Terlebih dahulu Wa mengucapkan SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA kepada semua warga Islam di seluruh dunia!. Sekejap aje dah masuk bulan puasa, pejam celik pejam celik *main cak cak* dah pertengahan bulan Julai.

Baru2 nie Wa and the Geng (bawak geng beb..) pergi Tokyo Street yang betul2 terletak di bandar Tokyo, Jepun. Modal nak pergi sana pun murah tau. Nak tau berapa? Tak lebih dari RM10 ^^. Dimana kat situ semua barang2 atau makanan berkonsepkan Jepun.

OK! Fine Wa Tipu korang. lalala http://www.emocutez.com *buat muka tak bersalah*. Tokyo Street ade jer kat dalam Pavillion, Kuala Lumpur. Ini hasil idea Mashi yang pernah pergi sane. Wa & Jien pun mau try ade ape kat sane. Lagi2 Wa nie ade suke tengok drama Jepun.

cats3

Time nie kiteorang baru nak bertemu (ayat macam dah bertahun2 tak berjumpa) dan janji jumpa di Times Square. Sebelum tu kiteorang nampak patung besar gedabak depan Main Entrance, ape lagi *Jakun* jap tengok patung Gadis korean tu Hehe baru lar snap gambar2 buat nak tampal kat siling bilik tidur. Bila bangun aje nampak dan nak tidur pun nampak. Wa nie masih berangan2 lagi mau ke luar negara cuma tunggu masa jer.

cats (2)

Gambar nie barulah kami bertiga “Do Re Mi” sampai ke destinasi Impian ala2 berada kat Tokyo kononnya. Comel kan Wa pose dengan Ais Krim PERCUMA tu. kalau korang perasan setiap gambar ade aje pegang ais krim Hehe~ Rembat makan 2 ais krim pulak tu. Kami dapat FREE Ice Cream dalam perjalan nak ke Pavillion beb!

Mata Kiteorang http://www.emocutez.com bila nampak makanan PERCUMA. Ape lagi kiteorang buat muka Budak Comel mintak Aiskrim kat mesin tu, dapat extra Free Gift Note Pad Coloful gitu tibe2 jatuh.

cats4

Jalan… Jalan.. http://www.emocutez.com dengan suke ria. Tibe2 nampak pulak makanan Sedap (dalam gambar diatas). Kami pun BELI! Mula2 nak beli cream puff tapi ramai pulak orang beratur. Kenangan tak boleh lupa kat sini, bila kiteorang test Ice Cream Kenberi banyak kali <---- Isi perut dulu baru jalan HAHA!

cats6

Nampak tak patung DOMO kat situ!? Sebenarnya Wa takut nak bergambar dengan dia…. Nanti dier MAKAN Wa! Domo tu dah bukak mulut besar2 dah tu nampak gigi berseri pakai ubat gigi Fresh & White.

Kami pun dah tak larat nak berjalan, kaki dah bagi isyarat SAKIT tak tahan tapi PERUT lagi meragam Lapar.. Lapar… Lapar..

.
.
.
.
cats
http://www.emocutez.com
(tanpa kata apa2)

cats5

Walaupun tak dapat nak beli, ambik gambar patung comel2 pun jadi. Hah! Teringat part dimana kami bertiga kat kedai Pameran ART. HAHA! Kelakar!

Amoi keje kat situ http://www.emocutez.com “HEY! NO CAMERA PLEASE!” *sambil tunjuk sticker tampal kat tepi dinding kedai tu ‘NO CAMERA’. Muka buat tak bersalah seperti biasa pergi meninggalkan kedai tu…

Dalam hati http://www.emocutez.com ngeh ngeh dah dapat tangkap.. Gambar tu…. tak perlu tunjuk kot sebab ternampak ade patung tu dalam keadaan tak senonoh.. hee~

Tamat sudeh entri hari ini.. http://www.emocutez.com

Tuesday, July 17, 2012

Teknik Pengiklanan Facebook

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 12:45 AM 0 komen
Assalamualaikum :)

Tada!



Tetiba saje muncul dengan entri terbaru terus tunjuk gambar yer.. Hehe~ Hello semua! Dah lama jugak Wawa tak update blog yang comel sekarang nie (puji! puji! sendiri punye) asyik sibuk dengan dunia bisnes dan macam-macam lagi kerja yang Wawa ambik.

Ok kali ini Wawa nak bagitau nie! Baca! Sesiapa yang berminat dengan bisnes online nie memang sesuai sangat baca entri kali nie. Entri sebelum nie Wa ade bagitau kan planning Wawa untuk naikkan Likes facebook page, yes! Memang menjadi dan tak sangka boleh meningkat 800+ Likes dalam seminggu. Sekarang nie dah 1600+ sebab 2 minggu Wa jalankan iklan Facebook nie dengan kos pengiklanan yang murah serendah USD 0.03 per click dan pernah beberapa orang mendapat serendah USD 0.01. Tahu tak korang, kos iklan dekat Facebook nie jauh lebih murah berbanding dengan kos iklan Google. Gambar bawah nie menunjukkan kos yang dikeluarkan selama seminggu untuk salah satu akaun Facebook Wawa:


Klik gambar tu kalau tak nampak. Dalam akaun nie Wawa dah spend sebanyak 50USD = RM22. Eh? Bukan RM150 ker? Ye! Korang tak salah tengok dan Wa tak salah tulis, memang RM22 untuk dapatkan 800+ Likes tu. Itu sebab Wawa menggunakan Facebook Kupon 50USD untuk harga 7USD :). Tapi hanya boleh guna untuk akaun Facebook Ads yang baru saje. Thats why Wawa bukak 2 akaun Facebook. Hehe Kantoi~

Cara atau teknik nak dapatkan USD 0.03 per click, kena dapatkan ebook Teknik FBO (pergi tanye pak cik Google Genius tu). Masa Wawa beli kena timing dia buat pre-launch dengan harga RM67 tapi sekarang tak tahu lar berapa pulak. Yang beshnye, korang beli ebook sifu 2 orang nie korang tak akan kontang kanting dan blur blur macam Wawa nie sebab dorang dah sediakan Group Rahsia untuk membimbing korang hingga berjaya. Group nie lar diantara group facebook yang paling AKTIF Wawa pernah join! Ahli-ahli saling tolong menolong. Tak rugi pun join~

Mesti dalam kepala korang tanye, "Macam mane kalau saye tak ade barang yang nak dijual?". Simple! Korang jadi Agen Dropship macam yang Wawa buat nie. Ape tu Dropship? Korang pergi tanye Pak Cik Google~ (lagi sekali...) Banyak orang yang menawarkan Bisnes Dropship samaada berbayar mahupun percuma. Alar! Tak payah gusar! Join Teknik FBO, sifu tu pun ada menawarkan Droship. Barang dia memang HOT sekarang nie. Dia jual Quran Digital dan komisen diberi pun banyak jugak tau..

Ape lagi! Mahukan pendapatan sampingan macam ini ler Wawa buat http://www.emocutez.com hee~ Nantikan entri seterusnye untuk peluang bisnes lain pulak. Adioooss~

Sunday, May 13, 2012

Let's Go ShoppaOnline :)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 6:27 AM 2 komen
Gembira tak terhingga bila dah mencuba satu teknik nie yang memang hebat! Ape yang Wawa merepek nie? Sebelum nie Wa ade buat fanpage untuk jual-jual beg korean style gituw~ Tapi buntu LIKE tu susah sangat nak dapat lagi2 baru nak bermula dalam perniagaan secara online kat facebook.

Lepas Wa mencuba satu teknik rahsia nie, memang terkejut jugak! Sehari boleh dapat 100 LIKES dengan mudah dan kos yang murah :). So, Wa harap dapat la capai target 700 likes dalam masa seminggu nie :) Biar slow2 dulu. Sikit2 lame2 jadi bukit.

Disebabkan nak menarik ramai orang suka fanpage Wa, Wa design sendiri guna photoshop CS5. Tengok nie.. Tengok nie..


Yang cover yang bahagian atas fanpage Wa :) Buat simple2 saje pun dah cukup. Nak lebih2 bukan Wa nie berotak kreatif pun. HUhuk! Yang bawah nie pulak, baru saje Wa design sebagai landing page Welcome untuk sampaikan suruh orang LIKE my fanpage :)


HEHEK! Pandai pulak Wa nak design2 nie. Wa kan hobi suka photoshop2 nie. Kadang2 tu xreti terus pergi search kat pak cik Youtube memang berlambak tutorial mereka ajar.

Oh ye! Sesape yang sudi atau suka beg2 cantik dan comel boleh lar LIKE ye! Disini http://www.facebook.com/LetsGoShoppaOnline Thanks!

p/s: seronok berniaga online, 3 sales dah masuk :D

Sunday, May 6, 2012

Alangkah HAPPYnye main tweet! tweet!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 9:23 AM 4 komen
Location: Dekat rumah melopong depan PC
Listening to: Najwa Latif - Kosong


Bosan. Bosan. Bosan. http://www.emocutez.com. Itu yang bermain dipikiran Wa dalam pukul 2 pagi. Hamek kau pagi2 buta mata tak lelap. Insomnia~ Insomnia~ Mak pun bising sebab tak tidur lagi. Apa boleh buat mak? Selalu ada jer syaitan dok gayut kat mata tapi sekarang tak nak pulak..

Wa tak tau nak buat apa so bukak laman Mak Cik Youtube untuk menghiburkan Wa waktu2 sebegini (skema punye ayat). Dengar lar lagu2 Najwa Latif dan kebetulan dia dah upload lagu official untuk kosong baru jer. Pastu dok melayan pulak yang manusia2 yang buat cover lagu. Sana... sini.. situ.. lar.. Tup! Tup! Terjumpa satu cover lagu kosong yang dinyanyikan memang sedap weyh~ Buat Wa jatuh cinta dengan suara dia http://www.emocutez.com...

Lepas tu Wa tengok ler semua video yang dia ada, semua video Wa dengar.. Heheh http://www.emocutez.com . Suara memang sedap macam Anuar Zain gituuuw~ Dia ada bagi sekali dengan akaun twitter, so Wa pun apa lagi kan follow ler. Tak disangka dan Wa tak tau rupanya dia salah seorang artis kumpulan Forteen. Walaupun time tu tengah blur2 siapa dia nie... http://www.emocutez.com. (Name kumpulan tu macam pernah ler dengar)

Dengan jari Wa yang tak letih tup! tap! kekunci nie, Wa pun pergi tanya Pak Cik Google yang genius tu..http://www.emocutez.com. Oh! Baru tau kumpulan Forteen nie dibawah KRU. ( kesian betul lar Wa nie, baru nak tau???. asyik layan korea lagi!)

Orang yang dimaksudkan Wa tu.. Ariz Forteen.. Yang dia punya Youtube Lufias89. Kalau tak salah wa lar kan, Lufias tu kalau diterbalikkan jadi Saiful. Heh! Kreatif! Kreatif!

Wa tanpa membuang masa.. (ceh!) Wa update tweet2 dengan gembira taruk tag @lufias89.. Dan ku memang tak sangka! Pertama kali try tag nama artis nie! Dia retweet heheh gumbiranyeee macam dah.. http://www.emocutez.com.

**klik bagi dia membesar...

Ye lar jakon! jakun! First time tweet artis, first time di retweet oleh artis.. Wa tengok pun dia jenis melayan peminat2. Dah macam artis koreaaaa larrr pulakkk weyhh~ kehkeh XD tetiba teringat Park Jungmin! Artis yang memang menghargai bebenor dengan peminat2 dia sampai  ada bawak hadiah2 peminat tuu..

Jari jemari Wa nie jahat jugak, pergi tweet @shilaamzah tapi tak layan. Wa tau dia busy dok melayan peminat ramai. Dan tak sangka jugak! Shila Amzah retweet yang Wa liked video dia beb! heheh lagi bertambah sewel ek Wa nie. Yippiee! Yippiee! Sorang2.. http://www.emocutez.com


Kan best dapat artis yang macam tu. Semua peminat2 pun akan sokong sentiasa. Dah tak lari kemana pun. Mereka buat peminat2 berasa gembira! 

Oleh itu, kata2 terakhir Wa... Kejayaan seorang artis adalah bermula dari mereka menghargai peminat.. Hulamak! Comeyy nyeee ayat Wa.. >.< (syok sendiri)..

http://www.emocutez.com


Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting