Saturday, December 24, 2011

Biar Mimpi Sampai ke Bintang :)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 9:25 AM
Khamis lepas aku tengok telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang. Best dowh cerita nie dan ade jer si didie tu buat kelakar. Yang tak boleh bla kawan Alia tu mau speaking speaking pun tunggang terbalik. Haha.
Aku tau mesti ramai dah tengok kan gandingan pelakon malaysia dan indonesia nie berlakon, Randy Pangalila dan Elfira Loy. Kat facebook aku tengok semua pakat taruk status 'Wah Randy hensem kamo' 'tengah tengok BMSKB' dan bla bla bla.. Waduh! Memang hensem kamu, Randy! Untung Elfira berlakon dengan kamu donk. Huhu. Nampak sangat aku jeles. Wekkk..
Ape ape pun telemovie nie memang best! Aku tengok preview dia pun best sampai aku taruk alarm kat handphone aku nie takut lupe. Tapi last last hampeh! Alarm aku tak bunyi. Nasib baik sempat bukak astro ria time tu duk godek godek ade movie ape nak tengok. Huhu. Rugi tau terlepas 5 minit cerita berlalu. ( Berkira sangat masa tu). Tak ape aku cari kompem ade orang upload movie nie, siap sedia aku mau download. Bwahahaha!.
Ok bawah nie sedikit sinopsis daripada telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang:
Mengisahkan Alya seorang gadis biasa yang kerjanya membantu ibunya (Sharifah Shahora) di pasar borong menjual ayam. Sementara itu Andy (Randy Pangalila) seorang anak jutawan dari Indonesia Hardiyanto Sasputra. Andy mempunyai seorang ibu tiri. Kehidupan Andy membosankan kerana dia hanya dikelilingi oleh rakan rakan yang hanya berkawan kerana dia anak jutawan. Andy menghilangkan rasa bosan dengan mengunjungi Mak Yam (lakonan Didie Alias) bekas orang gaji di rumahnya dulu yg telah berhenti kerja, untuk menghilangkan rasa bosannya. Mistaken identiti berlaku apabila kedua-dua Andy dan Alya ni bertemu di laman Facebook, dan mereka menyamar sebagai orang lain. Andy menyamar sebagai anak orang miskin, manakala Alya menyamar sebagai anak orang kaya. Pertemuan kali pertama mereka benar-benar menjadikan pertemuan itu sebagai jatuh cinta pandangan pertama. Bermula saat itu, berbagai-bagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka. Mereka semakin rapat dan akhirnya tidak mampu menafikan yang masing-masing benar-benar serasi antara satu sama lain.
Para pelakon lain dalam
telemovie ini ialah : Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali
Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.
Wangsa Walk jugak salah satu lokasi penggambaran pilihan mereka. Tempat aku selalu usha usha ehem ehem! Maksud aku kedai dvd lar. Hehe. Dulu aku selalu usha kat Times Square tapi sekarang kedai video Classic dah ade kat Wangsa Walk ape lagi bertenggek kat situ lar. Aku suke kat kedai nie sebab dvd cerita jepun murah murah. Hehe.
Cukup cukup Wawa. Biar mimpi Wawa sampai ke bintang untuk tahun 2012 nie. Chaiyok! Hwaiting! Ganbatte ne! Biarlah kita bercita cita tinggi. :) . Jumpe lagi di next entry ok! Adios!
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

0 komen:

Post a Comment

Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting