Saturday, December 31, 2011

Roti goreng berinti karipap :)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 11:01 PM 0 komen
Selalu nak lewat malam ade jer perut menyanyi kelaparan. Jadi yang konon nye nak ikut dalam rancangan Masterchef Malaysia yang masak pelik pelik tersiap lar aku masak roti goreng yang bersalut serbuk roti.
Nak makan makanan bergoreng selalu nye tak boleh makan banyak banyak nanti jadi muak sebab berminyak kan. Huhu. Tapi aku bantai makan 3 roti. Hehe. Jadi kehausan air pulak.
Aku tengok tv tadi ramai yang tunggu nak countdown tahun baru kat icity. Jeles aku tengok. Huhu. Padahal aku dah pernah pergi kat sana. Ok lar Selamat Tahun Baru 2012 :). Daa~

|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Selamat tinggal 2011 yang penuh dgn kesedihan

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:37 AM 6 komen
Esok dah masuk tahun baru, semua mesti masing masing dah set azam sendiri. Aku pun siap buat dreamlist untuk aku capai pada tahun 2012 nie. Tunggu jer lar post entri akan datang. Hehe.
Bila tengok balik kalendar, cepat sungguh masa berlalu. Buat aku teringat banyak pengalaman pahit yang aku hadapi sepanjang tahun 2011 nie. Aku berharap sangat dapat lupakan semua kisah sedih, pahit, masin, masam, terluka dan macam macam lar berlaku tapi serius aku cakap memang tak boleh lupakan melainkan aku hilang memori.
Tahun 2011 nie banyak yang membuat aku menangis daripada gembira. Walaupun orang nampak aku nie tak ade masalah dan selalu happy go lucky jer memanjang tapi hakikatnye luar saje aku tersenyum tapi hati tengah sedih dan menangis, mane ade orang nampak.
Untuk entri nie setakat nie saje lar. Tak mau buat panjang panjang. Cuma berharap untuk tahun baru 2012 nie lebih lagi ke senyum lebar dan hati pun tersenyum jugak!. Hehe.

|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Wednesday, December 28, 2011

Easy Rhb bank bukannye easy tapi menyusahkan betul!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 7:25 AM 11 komen
Baru baru nie aku dah buat easy debit card kat cawangan easy berdekatan rumah aku. Lepas 2 hari selepas tu aku pergi bank tu mau keluar duit tapi hampeh kad aku die tendang. Aku tak tau kenapa jadi aku pergi buat aduan kat staf situ, nasib baik time cuti staf bank tu ade keje.
Then staf check kad aku kenapa dan nak tau kenapa? Dia baca status kad aku CPin, so maybe aku salah masuk no pin. Staf tu kata maybe. Maybe? Kau cakap? Cakap macam tak confidence betul ke tak. Jadi lepas tu cakap dia tak tau status CPin tu ape, dia pun hantar email berkenaan masalah nie kat HQ.
Dah kena mau tunggu berapa hari nak settle pasal orang kan cuti hari chrismas dan keesokan hari pun cuti. Mau atau tidak tunggu sampai hari selasa orang baru mau start keje.
Semalam pergi lagi easy bank mau tanya dah settle ke masalah aku tu macam mana tapi kali nie staf lain pulak. Dia check pun same tak tau ape kejadah nye status kad aku tu. HAH!? Korang keje ape tak tau CPin tu ape benda. Jadi dia suruh call customer service kat belakang kad tu. Yang assistant branch manager (hah! Hambik kau panjang aku taruk) tu suruh aku pergi cawangan rhb yang kaler biru tu, maksud dia bukan easy rhb kaler pink tu ler. Dah tambah keje aku lagi mau cari rhb tu kat mane.
Dah ler time tu tengah hari yang panas terik orang keluar pergi makan, aku pulak berjemur dibawah matahari. Kalau jemur kain dah tentu kering cepat. Huhu. Yela aku naik motor memang berjemur panas dengan kena kentut bas habis hitam muka aku macam iklan SG Men tu haa si Faizal Tahir punye muka hitam berminyak. Sempat pulak aku promote barang kau ye, ade bayaran tak? Hehe.
Pusing punye pusing satu kuala lumpur tu entah berapa kali aku nampak Pavilion tapi bangunan Rhb tak nampak batang hidung pun. (Ade hidung ka?). Akhirnye aku jumpe tapi hampeh jugak! Lame aku tunggu no, bila sampai kat kaunter.. 'Sorry la dik ye, kami ade problem dengan kad sistem sekarang nie. So tak dapat nak check kad adik. Adik kena pergi cawangan Rhb yang lain'. Hangatnye hati time tu tapi sabar jer lar dugaan betul.
Terus aku tanye pak cik pegawai tu kat mane Rhb punye HQ. Aku terus pergi sane senang tapi tak senang jugak. Huhu. Dengan muka aku comot penat sampai jugak kat jalan tun razak. Banyak pintu betul, aku tersalah masuk pulak kat bahagian investment. Haha. Buat malu jer aku. Patut lar diorang pandang pelik jer tetiba budak hingusan mane entah sesat nak buat investment ke? Aku tau buat investment kat toilet jer aku pakar. Haha. Tak senonoh aku nie.
Nasib baik tak ramai orang kat situ so cepat lar no aku dipanggil. Tapi hampeh! Dah berapa kali aku cakap hampeh? Sebabnye dia cakap kalau masalah kad easy nie kena pergi cawangan easy. HAMBOI! Saya nie datang daripada sane lar nie! Kalau Rhb pun cakap suruh pergi sane pulak sampai bila mau settle masalah aku nie!. Hambik kau kena tempias cuaca panas terik lar kan. Baru abang tu try settle kan. Hmm.. Try?
Lame jugak tunggu dia mau settle sebab dia yang keje kat HQ pun macam blur blur dengan status kad CPin. Akhirnye berbaloi aku ke sane ke sini settle kan masalah nie aje dah pun settle. Tau pun buat. Aku dah boleh gune.
Aku nak cakap aku kecewa sangat sangat sangat dengan perkhidmatan Easy Rhb bank sebagai card holder diorang sebab aku register dengan diorang pun tak tau settle masalah nie, semua hanya menuding jari kat pihak lain untuk selesaikan. Ape yang Easy Rhb bank tau? Tau proses untuk register kad baru jer ker?
Tamat sudah bebelan ketidakpuasan aku pada entri hari ini. Bai! Bai!
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Saturday, December 24, 2011

Biar Mimpi Sampai ke Bintang :)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 9:25 AM 0 komen
Khamis lepas aku tengok telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang. Best dowh cerita nie dan ade jer si didie tu buat kelakar. Yang tak boleh bla kawan Alia tu mau speaking speaking pun tunggang terbalik. Haha.
Aku tau mesti ramai dah tengok kan gandingan pelakon malaysia dan indonesia nie berlakon, Randy Pangalila dan Elfira Loy. Kat facebook aku tengok semua pakat taruk status 'Wah Randy hensem kamo' 'tengah tengok BMSKB' dan bla bla bla.. Waduh! Memang hensem kamu, Randy! Untung Elfira berlakon dengan kamu donk. Huhu. Nampak sangat aku jeles. Wekkk..
Ape ape pun telemovie nie memang best! Aku tengok preview dia pun best sampai aku taruk alarm kat handphone aku nie takut lupe. Tapi last last hampeh! Alarm aku tak bunyi. Nasib baik sempat bukak astro ria time tu duk godek godek ade movie ape nak tengok. Huhu. Rugi tau terlepas 5 minit cerita berlalu. ( Berkira sangat masa tu). Tak ape aku cari kompem ade orang upload movie nie, siap sedia aku mau download. Bwahahaha!.
Ok bawah nie sedikit sinopsis daripada telemovie Biar Mimpi Sampai ke Bintang:
Mengisahkan Alya seorang gadis biasa yang kerjanya membantu ibunya (Sharifah Shahora) di pasar borong menjual ayam. Sementara itu Andy (Randy Pangalila) seorang anak jutawan dari Indonesia Hardiyanto Sasputra. Andy mempunyai seorang ibu tiri. Kehidupan Andy membosankan kerana dia hanya dikelilingi oleh rakan rakan yang hanya berkawan kerana dia anak jutawan. Andy menghilangkan rasa bosan dengan mengunjungi Mak Yam (lakonan Didie Alias) bekas orang gaji di rumahnya dulu yg telah berhenti kerja, untuk menghilangkan rasa bosannya. Mistaken identiti berlaku apabila kedua-dua Andy dan Alya ni bertemu di laman Facebook, dan mereka menyamar sebagai orang lain. Andy menyamar sebagai anak orang miskin, manakala Alya menyamar sebagai anak orang kaya. Pertemuan kali pertama mereka benar-benar menjadikan pertemuan itu sebagai jatuh cinta pandangan pertama. Bermula saat itu, berbagai-bagai perkara suka duka berlaku dalam hidup mereka. Mereka semakin rapat dan akhirnya tidak mampu menafikan yang masing-masing benar-benar serasi antara satu sama lain.
Para pelakon lain dalam
telemovie ini ialah : Ezzrin Loy, Hanez Suraya, Mahmud Ali
Bashah, Sharifah Shakinah, Didie Alias dan Sharifah Shahora.
Wangsa Walk jugak salah satu lokasi penggambaran pilihan mereka. Tempat aku selalu usha usha ehem ehem! Maksud aku kedai dvd lar. Hehe. Dulu aku selalu usha kat Times Square tapi sekarang kedai video Classic dah ade kat Wangsa Walk ape lagi bertenggek kat situ lar. Aku suke kat kedai nie sebab dvd cerita jepun murah murah. Hehe.
Cukup cukup Wawa. Biar mimpi Wawa sampai ke bintang untuk tahun 2012 nie. Chaiyok! Hwaiting! Ganbatte ne! Biarlah kita bercita cita tinggi. :) . Jumpe lagi di next entry ok! Adios!
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Wednesday, December 21, 2011

Dah buat kad debit lagi..

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 6:52 PM 0 komen
Aku ade tengok website rhb bank tawarkan perkhidmatan rhb paypal dimane rhb bank adelah bank malaysia yang pertama boleh deposit dan keluarkan duit melalui paypal.
So aku nie suke jugak membeli belah secara online, paypal adelah pilihan yang selamat supaya tak mendedahkan nombor kad debit mahupun kad kredit. Bila dapat tau rhb bank ade perkhidmatan nie jadi aku pun buat satu kad debit. Tak mau lar kad kredit ok tak mau hutang hutang nanti payah mau bayar.
Bila sampai bank situasi yang aku dapat.
Situasi hari nie kat bank nk bukak
akaun:
Wa: sy nk bukak akaun debit kad
Staf bank: adik dah cukup umur?
(pandang mcm xcaye)
Wa: dah terlebih cukup
Staf bank: bwk kuar ic dik. Lahir
tahun bile?
Wa: (padahal ic kat dier tu leh
tanye lg)
(duk jap dier tgk ic pastu amek
kalkulator kire umur)
Aduh sabar jer lar.. Xcaye ak dh
ckup umur lebih 18 thun lar..
Mau kire smpai pkai kalkulator
cmtu skali. d-_-''b
So dah siap memang cepat. Ape tunggu lagi dah boleh shopping. Hehe. Selain tu kite boleh menjana pendapatan sampingan mahupun sepenuh masa. Macam aku sepenuh masa lar. Hehehe. Tunggu...
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Tuesday, December 20, 2011

Pil 'Chi-Kit' Teck Aun sesuai untuk perut aku

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 6:46 PM 0 komen
Dalam hujung tahun lar mula perut nak meragam sakit. Kadang-kadang tu sakit sangat-sangat sampai muka naik pucat tak tahan. Aku nie paling tak suka mau jumpe doktor sebab aku ade pengalaman pahit dengan doktor kat satu klinik kerajaan nie. First time pergi aku kena dengan doktor yang kurang ajar main baling resit ubat kat aku cuma dia yang salah taruk nama aku, kau ingat nama aku india ka? Second lepas beberapa tahun jugak tak pergi aku ingat dah berubah tapi tidak! Dapat pulak doktor yang suka marah-marah kat pesakit dia semata-mata nak mintak mc jer pun! Sejak tu aku tak suka jumpa doktor kat sane lagi.
Tapi aku paling suka dengan doktor kat klinik Times Square mereka nie peramah and suka senyum jadi pesakit pun tersenyum lar.
Walaupun peramah tapi aku ade pengalaman 'manis' yang tak boleh aku lupekan kat situ. Huhuhu. Yela situ sajelah yang dekat dengan tempat kerja aku dulu. Kerja memang tension kat situ tapi seronok dengan kawan-kawan. Rindu memang rindu kerja kat situ tapi dah mula ade orang pijak kepala aku jadi aku berhenti.

Ok. Ok. Melencong kemane pulak aku nie. Disebabkan aku nie takut nak jumpa doktor so ubat herba yang berkesan yang nie lar. Hehehe. Sampai beli sekotak besar hambik kau! Whuahaha! Cuma aku harap tak hidap penyakit kanser perut kalau asyik sakit jer. :(
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Tuesday, December 13, 2011

2 hours facing interviewed the longest I ever had

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 5:39 AM 0 komen
Sedap tak? Sedap tak? Tentu lar sedap kalau perut mula menyanyi punk rock, usus-usus aku nie mintak makan. Time nie aku makan kat Wendys Berjaya Times Square. Mula nye nak melantak cheezy wedges kat KFC tapi ramai lar pulak main cop-cop tempat makan. Sedih aku lame tak makan cheezy wedges. Kempunan weh!.
Sebenarnye Ahad hari tu aku dipanggil interview untuk salah sebuah dari top 10 GLC. Lame gila ya amat interview itu ini lepas tu jawab test boleh lepas ke tidak. Haduih.. Semua tu 100% speaking English dengan mereka dekat sane. Aku ape lagi main bantai jer lar English aku dah tentu grammar berterabur macam gigi berterabur patah. Yang penting I tried my best. Tak disangka interviewer tu cakap 'Oh! You are the one I called. You are my favorite candidate and hopefully you will be selected'. Aku sebenarnye tahan gelak mungkin dia cakap aku nie favorite candidate dia pasal ade lar time dia call aku jawab something yang buat aku segan dowh! Apabila aku jawab lain ape yang ditanye. Sesudah dia settle rakam aku di interview, akhirnye selepas 2jam interview oleh mereka, dalam hati Yahoo! Dah lega boleh balik! Yup! 1st time aku dirakam untuk interview.
No! No! Tak boleh balik rumah lagi. Huhu. Aku dengan sopan berbaju kurung pergi Times Square dowh! Sopan santun tahap perempuan melayu terakhir pulak aku. Dah lame jugak tak pergi situ. Akak aku nak settle keje sikit kat umobile tu mau tukar plan baru yang lagi laju gitu. Lepas tu perut lapar duk menunggu ramai sangat, dah selesai pergi pulak makan kat Wendys jer lar. Makan burger Chicken Grill favorite aku. Ape boleh buat. Semua tempat ramai orang. Aku ade lalu tempat keje lame kat GSC. Kesian dowh aku tengok budak Box Office berape kerat aje bukak kaunter dengan customer ramai beratur memang panjang lar. Aku bukan boleh buat ape pun, tolong tengok jer. Haha. Gelak jahat!

Habis mengenyangkan perut, hati pun manyak senang kami pun terus jejalan 1 mall cari beg untuk Mak Lang aku. Nanti nak balik lagi kampung aku kat penang lorh belah bapak aku selalu pergi.
Penat.. Penat gila dowh ikut akak aku shopping sana sini. Kaki aku dah sakit mau jalan lagi. Aduh! Aku cakap cukup lar. Udah udah lar tu shopping agak agak ler sis. Orang dah penat naik turun walaupun guna lif. Huhu. Kaki sakit sampai sekarang terasa lagi. Cukup lar setakat ini saje aku membebel. Tata!
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Tuesday, December 6, 2011

Wihoo! Today I received Android Tablet that I bought last friday.

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 7:07 PM 0 komen
Yippee! Yippee! Hari ni aku dah dapat tablet android yang aku beli secara online last friday. Sekarang kan trend ramai pakai android jadi aku pun teringin beli. Aku pernah sebut pasal nak beli tablet nie pada post yang lepas. So here the tablet I bought. Akhirnye dapat jugak beli ape aku idamkan. Memang dari dulu lagi sejak form 4 ape yang aku inginkan nak beli aku akan beli pakai duit sendiri. Lagipun aku dah mula mencari duit sendiri pun sejak sekolah lagi aku meniaga depan rumah jer. Barang pertama yang aku beli ialah handphone pakai duit hasil aku menjual :).
Ape yang aku nak buat dengan tablet nie? Dah tentu aku beli tablet nie mencari duit lar. Bapak aku ajar untuk mencari duit dengan perniagaan sendiri lagi bagus daripada jadi kuli bawah orang mengikut perintah. Ayah cakap biar lar kite yang jadi bos dan kite lar pekerjanye. Hehe. Sayang laptop aku rosak yang tak boleh dibaiki lagi. Huhu. Sedihnye. Tu yang beli tablet buat sementara waktu.
Perniagaan ape aku nak buat? Tunggu jer lar aku berjaya nanti.. Bye!
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|

Monday, December 5, 2011

Having fun on weekend

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 1:57 PM 0 komen
Seronoknye keluar jejalan hujung minggu. Lagi seronok bila ade orang mau belanje tengok wayang. Hehe. Sukenye! Tengok cerita ape? Layan ja cerita Twilight Breaking Dawn. Baru nak tengok lar sekarang nie. Orang tengah hot tengok Ombak Rindu, aku tak tau besh sangat ka cerita tu? Tak tau kot ade Aaron Aziz si kacak Singapore. Hehe. Tu kan orang mau layan. Hot macam cerita Lagenda Budak Setan dulu nie. Hall kat cinema asyik penuh ja sampai malam. Aku sekarang nie dah tak nak layan tengok kat GSC, lagipun jauh dari tempat rumah aku. (Masa keje boleh pulak ulang-alik setahun). Ape-ape pun aku pergi wayang dekat saje lar TGV Wangsa Walk pilihan hati. Hehe. Kat situ cantik kerusi dier depan-depan concession. Tapi part yang aku suke kat situ kan.. Diorang taruk tv kat concession, so tak lar customer bosan nak beratur kan.
Habis tengok wayang ingat nak melantak Hot & Roll tapi keluar lepas tu lupe pulak. So kiteorang balik singgah kat Tutti Fruitti di Prima Gombak. Teringin mau makan yogurt.. Wah sedap! Habis RM30 lebih untuk 2 orang makan tapi puas tau makan. Tak cukup pulak teringat kat orang kat rumah mau makan ape, so order pizza favorite aku kat PHD. Hensem cashier tu.. Ehem! Ehem! Cukup! Jaga batas penglihatan tu Wawa. Hehe. Balik rumah bantai jugak pizza sebab nak membesar tapi tak besar-besar pun sampai sekarang.
P/s: Bila lar mau dapat pergi Sunway Piramid mau makan yogurt aku nampak sedap kat dalam tv afc channel. Sebelum nie aku impi nak pergi icity dah tercapai, kali nie Sunway Piramid coming soon. Daa~
|Sent using a Sony Ericsson Aino U10 mobile phone|
Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting