Monday, October 31, 2011

Yee mee sizzling sedap! My favereto0!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:40 PM 6 komen
Tadi dok main sms dengan kawan pasal festival japan yang akan datang dorang nak buat kat midvalley. Kitorang pun dah plan nak pergi sane, dah lame tak hangout same-same kat midvalley.

Aku kalau pergi sane nak makan (keje aku makan jer tau ek) dah tentu mee sizzling yang aku cari. Tak kisah ape orang nak cakap 'tak bosan ker asyik makan nie aje'. Hello0o... Suke hati aku ler.. Kalau tak.. Tak name makanan kegemaran aku.

Hamboi jauh-jauh mau makan nie aje padahal kat KLCC pon ade. Tak mau kat situ tak berape sedap bukan tak sedap langsung. Lagipun 1st time makan mee sizzling pun kat midvalley. Sedap wo0rh~

Insyaallah kalau ade rezeki mau pergi lagi bila time festival japan tu lar dalam bulan 12 kalau tak salah aku. Aku dah plan-plan selain singgah festival tu, aku mau lawat taman haiwan kegemaran aku hehe tengok meow meow gebu-gebu gitu.. Ham ham hamster! Macam-macam lar.

Tunggu gaji lar.. And kalau dapat cuti ;-)

※Sent using a Sony Ericsson Aino mobile phone※

Sunday, October 30, 2011

Ade Hikmah disebaliknye...

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 10:40 PM 2 komen



Ade la aku jumpe post nie kat facebook, menarik tu yang aku mau gatai post jugak kat sini :) Untuk orang-orang kecewa macam aku. Eh aku? Bila baca post nie macam aku jer.. Lepas baca post nie aku rasa lega.. Ade hikmah disebalik aku mengetahuinye sebelum terlambat...


Assalamualaikum

“aku dan dia dah putus…”

“kenapa?”

“aku dah x sayangkan dia. pelik bukan.tiba-tiba saja perasaan tu hilang”

“kau pasti dengan keputusan kau.kau x kesiankan dia? dia sayang kau…”

“kesian la jugak. tapi bila aku fikir balik. lagi kesian kalau aku teruskan. aku dah x mampu…”

“buatlah apa yang kau rasa terbaik….”


selepas setahun.

“aku geram. dia tipu aku. lepas setahun baru aku tahu…”

“kenapa? apa yang dah jadi…?”

“dia ada ramai perempuan belakang aku. dia tipu aku.aku rasa pedih. terlalu pedih…”

“kenapa kau pedih. kan perasaan kau dekat dia dah lama hilang”

“entah. mungkin rasa dikhianati. x dihargai.mungkin kalau aku sayang dia. sekarang aku dah longlai. separuh mati aku terluka. rabak. koyak. patah….”

“lupakanlah. jangan bebani hati fikiran diri kau dengan benda dah lepas ni…tidurlah dah lewat…”

“aku tak boleh stop. mata aku x boleh nak lelap .kecewa aku menggunung. otak aku overtime….”

.

beberapa bulan kemudian

“Aku selalu tertanya-tanya kenapa perasaan aku pada dia boleh hilang. Sekelip mata.”

“kau ada jawapan?”

…senyum “ada…mudah.”

“apa dia?”

“bila aku pandang semua benda yang jadi tu ada hikmah.aku mula refleksi balik segala apa yang aku dah buat.apa yang jadi dalam hidup aku.dan aku dapat jawapan.kau nak tahu?”

“kongsi lah…”

“Allah sayang aku. Dia taknak aku setia pada orang yang x hargai aku. Dia benarkan aku tahu kebenaran setelah setahun.mungkin masa tu baru kekuatan aku cukup untuk menampung kekecewaan aku.dan aku fikir-fikir balik, Allah beri yang terbaik untuk aku.sedangkan banyak benda yang aku lalai.hubungan aku dengan Allah aku terabai.”

“maksud kau?”

“aku banyak berfikir.refleksi balik segalanya.cari jawpan pada soalan-soalan aku.aku kadang-kadang lalai dalam mengingati Allah.leka dengan cinta lelaki.aku dah bazirkan masa,duit untuk cinta lelaki.aku dah sedar aku sepatutnya fokus cinta kepada Pencipta.nak tahu sesuatu?”

“teruskan aku dengar…”

“aku pernah tanya kenapa aku jumpa lelaki yang salah.sekarang aku rasa aku tahu kenapa.aku belum cukup baik.dan aku kena betulkan diri aku untuk dapat yang terbaik. Rasa cinta itu memang anugerah daripada Allah.tapi kita manusia ni lebih menghargai rasa cinta itu daripada Si Pemberi.

Kakak sepupu aku pernah cakap bila kita couple susah nak kawal bukan…rindulah sayanglah then gaduh sampai emo seminggu.lepas itu mula nak pegang-pegang tangan, bergambar rapat-rapat…sebab tu,lebih baik mencegah daripada mengubati bukan…”

“so sekarang?”

“aku tengah berjuang.menjadi lebih baik.doakan.selangkah.dua langkah…aku sedang berlari.mendekati Pencipta…”

“lelaki?cinta?”

“hanya yang Halal.janji Allah itu pasti.”

“kau yakin sekarang?rasa lebih baik?”

“alhamdulillah.semua jawapan-jawapan yang aku cari membawa aku pada Allah.aku nampak cahaya melambai-lambai dari jauh.cahaya itu yang buat aku bangun.dan ketenangan itu milik aku.sungguh,hikmah itu kalau dicari gali manisnya tiada berpenghujung.aku khilaf.sebab aku tahu Allah sentiasa ada, cuma manusia yang mencipta jarak.

Itu kata-kata yang aku rasa sesuai dengan situasi aku.mungkin dulu aku nak dekat dengan Dia bila nak sesuatu atau sedih kecewa saja.tapi sekarang aku dah sedar,faham tanggungjawab aku.Allah buktikan lagi sayang Dia pada aku dengan adanya perasaan ini.syukur ”

p/s : Semoga bermanfaat

MANUSIA : BODOH: tak belajar dari pengalaman sendiri dan tak belajar dari pengalaman orang lain PANDAI: belajar dari pengalaman sendiri tapi tak belajar dari pengalaman orang lain BIJAK: belajar dari pengalaman sendiri dan pengalaman orang lain….

Jangan Lupa Untuk Tekan Butang Share Selepas Anda Baca ♥

_____________________________________________________

Ade la sikit-sikit tang aku dah mengetahui kebenaran lepas 5 bulan mengenali tapi aku degil jugak mau teruskan sampai..... Aku menyesal akhirnye tapi belum terlambat lagi aku nak berubah. Terima kasih... Kerana Dia dah menunjukkan kebenaran kat aku bahawa dia tu manis saje dimulut, tapi dibelakang entah berapa banyak menipu... 
Maybe Dia menyelamatkan aku untuk jodoh yang terbaik untuk aku dan yang akan menghargai seadanye aku. Bukan dipermainkan seperti barang mainan (Wawa). Sekian..

Thursday, October 27, 2011

4 bottles in our lives.. Which 1 r u?

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 11:04 PM 0 komen
Our lives? Yup.. Yep.. Aku dapat benda nie daripada kawan facebook jugak. Dia kat stage 3 dah.. Tunggu nak ke 4 masuk wad jer kalau tak mau berhenti.

Aku? Aku takat 1st stage jer haha 2nd dah try banyak kali terus masuk hospital sebab ketagih minum dulu kan. So padan muke aku!

So sesiape yang dah sampai ke 3rd stage tu awal-awal tu berhenti lar minum sebelum terlambat. Ingatlah orang yang tersayang :). Minum arak tu tak baik untuk kesihatan! Akan merosakkan akal fikiran. Aku tau kebanyakan orang minum arak nak hilangkan rasa sedih, stress and macam-macam lagi tapi tu bukan caranye.

So berhenti lar sebelum ke stage 4 tu haa.. Memang dah terlambat sakit-sakit baru nak menyesal.

※Sent using a Sony Ericsson Aino mobile phone※

Wednesday, October 26, 2011

A boy and a girl story...

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:59 PM 0 komen


Boy: I broke up with her.

His Best Friend: What happened?
Boy: She’s just too much for me.
His Best Friend: What makes you say that? What did she do wrong?
Boy: Well,...for one.. She only cared about her appearance. Always had to look good, always took forever 
to get dressed! So insecure..
His Best Friend: So, you broke her heart because she wanted to keep your eyes
locked on her? She wanted you to see that you have the prettiest girl
under your sleeve and not think otherwise? I see..
Boy: Oh.. Well.. She’d often call me or text me asking where I am, who I’m with, telling me not to smoke, not to drink. She’s so clingy!
His Best Friend: So, you broke her heart because she cares about your well being? Because she cares about you a lot? And her greatest fear is losing you. I see..
Boy: But..Uhh.. Well, she’d always cry when I say something slightly mean. She can’t handle anything. She’s a crybaby!
His Best Friend: So, you broke her heart because she has feelings? And because she just wanted to hear you say you love her? I see..
Boy: I.. Well! You know, she’d get jealous easily. I could barely talk to other girls! She’s so annoying! I had to hide it from her.
His Best Friend: So, you broke her heart because she just wanted you to commit to her? She thought you were faithful, but you lied so she could find out later and hurt even more? She just wanted the guy she loves the most to love only her. I
see..
Boy: Well, she..
His Best Friend:You broke up with her
because she’s good for you? She just wanted the best for you? She’s
broken now because you were selfish. Are you proud?
Boy: I broke her heart.. Because I couldn’t see what was happening.. What happened to me?
His Best Friend: You lost the girl that loved you like no one else could. You see? You didn’t want her when all she ever wanted was you. THAT’S
what happened..

Monday, October 24, 2011

Bila wanita yang digelar isteri tiada...

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 7:37 PM 0 komen



Bila SUAMI balik rumah.... Dia jadi heran giler halaman umah berselerak, surat kat peti pos tak berambil, anak-anak tengah main korek-korek tanah kotor, baju compang-camping, penuh dengan tanah dan kotoran, rambut tak bersikat, tak bermandi.. Masuk ke pintu rumah lagi lelaki tu terkejut.



waaa... mana isteri ku...



Ruang tamu lagi teruk berselerak. Lelaki tu melaung nama isterinya.. Sepi tiada jawapan. Masuk ke dapur, sinki penuh dengan pinggan mangkuk tak berbasuh, periuk tak bercuci, mencari apa yang boleh dimakan tetapi tiada makanan yang dimasak. Masuk ke bilik air, baju belum berbasuh apatah lagi berendam. Lelaki itu cemas mencari isterinya. Dia bergegas ke tingkat atas melihat isterinya terbaring di atas katil sedang membaca buku.



fuuu.. lega..



“Awak sakit ke?” tanya lelaki itu. “Tak lah”, jawab isterinya ringkas. “Kenapa teruk sangat rumah kita hari ni?” Tanya si suami lagi sambil meletakkan tangan di dahi isterinya, kot-kot isterinya demam.“Wahai suamiku, semalam semasa kita bertengkar, abg mengatakan yang saya ini hanyalah suri rumah, duduk di rumah tak sepenat diri abg yang duduk di pejabat, dan abg sering menanyakan apa kerja yang saya lakukan di rumah yang menyebabkan saya merungut kepenatan kadang-kadang..



lelaki tu pun berfikir...



Kalau madam takde kat umah, alangkah tenteramnya hidup ini. Boleh buat ape yang kita suka. Boleh belengkar kat depan TV tanpa sebarang gangguan mental dan fizkal. Pendek kata, FreeDoMmmmmlah!! But hairan bin ajaib, when dia betul-betul pergi meaning “She’s Gone”’ aku plak trasa separuh mati. Sehari dua memanglah shiokkk, no one shouting from the kitchen for help, no o

ne to komen this and that, no one to criticize. Everything will be smooth…



hahaha... takde yg nak marah ku...



Tp masuk hari ketige, I felt something missing. Lebih-lebih lagi bila tuala mandi dah berbau ‘asshemmmm’, tak tau la mana nak cari yang baru. Colgate da nak abis, tak tau kat mana dia stock up. Air suam da habis, malas nk boil… Masuk hari keempat, rindu mula terasa...





Apabila rindu mencengkam, semuanya jadi tak tentu arah. Tengok TV citer best pon jadi tak best. Nasik bungkus feberite jadik tak feberite. Makan kat 5 star hotel jadik rasa macam makan kat kedai AA. Lebih-lebih lagi bila laundry basket da makin bertimbun ngan baju kotor. Toilet dah mula licin berdaki.. Lantai dah berbelak, tak dimop.. Every nite, very the lonely, baring atas katil nengok ceiling blindly.. bila lonely gini, baru lah rasa benar kesepian.



Jangan kata sebulan atau setahun, belum seminggu isteri takde kat umah, aku dah rasa separuh pengsan. Masa ni barulah sedar netapa pentingnya seorang wanita bernama isteri… So guys out there.. jgn buli isteri kite. Kalau boleh, tolong dia buat kerja rumah. Bukan dok depan TV every weekend baca paper. Apa ingat dia tu kuli ker?! Maid ker?!! Kan dia tu bini kita, best fren kita, sweetheart kita.. Ingat duit hantaran yang kita kasik dia masa nikah dulu cukup ker nak bayar gaji dia ..................................................................seumur hidup ???



ingat balik..



And furthermore, kan sama2 kerja carik rezeki, sama jugak lah buat kerja rumah. Kadang2 bila poket kita sesak, tak ingat ker dialah orang yang paling dekat terdekat kita nak kenyeng-kenyeng duit. Tak kesian ker nengok bini kita? Dah la satu hari keja kat office, balik pulak kena buat kerja rumah lagi… penat tau! Kalaulah aku diberi peluang jadik seorang wanita,… tak rela!!! So to all mums and wives out there, live will be meaningless without You mothers. Uwaaaaaaa!!



SAYANGI LA KAUM PEREMPUAN KERANA TANPA MEREKA ANDA KEHILANGAN SESUATU..

HARGAI MEREKA!!!!!



Dari ilham seorang lelaki.. “ Wanita adalah insan istimewa, biarkan mereka terus membebel, merengek atau mengilai seperti Pontianak. Seburukburuk perangai wanita, ia akan terus melekat di hati kita selagi hayat di kandung badan”

sile share slpas mmbace agar lelaki tahu mghargai wanita ♥

Mate ku bulat. Hengko ade?

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 3:52 PM 0 komen
Wah manyak besar mate kucing aku nie. Haha alamak kantoi sudeh nampak taik mate. Baru bangun tido ker? Hehe

Kucing aku nie suke buat anak mate bukak besar-besar.. Nak nampak cantik kan.. Cantik daripada kucing lain.. Boleh lar mane tau masuk competition menang mate paling menyerlah haha

Aku geram dengan kucing nie jugak! Comel and bulu dia panjang macam kucing parsi. Plus dia nie tak suke orang peluk-peluk dia. Hamboi macam miss diva dunt touch-touch I ok.. Kuikui

※Sent using a Sony Ericsson Aino mobile phone※

Saturday, October 22, 2011

Kenape perempuan menagis?? Kenape ekk?

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:10 PM 0 komen


BILA PEREMPUAN MENANGIS

Pernahkan anda tertanya-tanya kenapa seorang perempuan menangis hanya kerana seorang lelaki? Mungkin sebab anda sudah terbiasa dengan auta bahawa perempuan memang suka menangis...

Seorang perempuan takkan menangis dengan mudah, tetapi hanya apabila dia mula menyintai anda, dia mula merendahkan egonya untuk anda semata-mata kerana anda.
... ...
Apabila dia menangis di hadapan anda,
Apabila dia menangis kerana anda,
Pandanglah matanya,
Bolehkan anda rasakan apa yang dia rasa?
Pernahkah anda CUBA untuk memahami apa yang dia rasa?
Fikirkan…
Berbaloikah dia menangis,
Dihadapan anda,
Hanya kerana anda?

Dia menangis bukan kerana dia lemah,
Dia menangis bukan kerana dia kasihan atau simpati,
Dia menangis,
Kerana dia tidak lagi mampu untuk menangis didalam hati,
Kesedihan yang dirasainya menjadi semakin berat untuk disimpan.

Guys,
Cuba ambil masa untuk berfikir,
Jika si dia menangis hanya kerana anda,
Mungkin sudah tiba masanya anda fikir kembali di mana silap anda,
Kerana hanya anda tahu jawapannya.

Fikirkan,
Kerana suatu hari nanti,
Ianya mungkin terlalu lambat untuk menyesal,
Atau terlalu lambat untuk mengucapkan “maafkan saya…”

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda membiarkan dia menangis keseorangan. Beradalah disisi dia, menemani dia, kerana dialah yang akan setia dengan anda sehingga akhir hayat anda.

Guys, kalau seorang perempuan menangis kerana anda, janganlah anda meninggalkan dia selagi dia masih memerlukan anda. Kerana anda akan merosakkan hidup dia.

Guys, jangan pernah mengungkapkan rasa cinta anda kepada seorang perempuan selagi anda belum benar-benar yakin dan sedia untuk bercinta. Kerana anda hanya akan membuatkan si dia menangis dan sengsara...Mudah bagi seorang perempuan untuk berpura-pura melupakan cinta lamanya terutama cinta pertama, tetapi bukan mudah untuk membuang parut dalam jiwanya...

Wednesday, October 19, 2011

Pikachu meow meow geram! Lorh..

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 5:25 PM 0 komen
Eee.. Geram! Rase nak tarik jer misai kucing nie. Comel lar.. Pandai lar dorang nie edit tukar-tukar kaler bulu kucing nie.

Aku nie reti edit tukar kaler mate jer tau. Ala-ala kucing ku pakai contact len ler.. Korang ade? Haha padahal same jer edit mate ngan bulu gune photoshop.

Comel gile! Tengok banyak-banyak kali macam nak tarik telinga meow meow nie pun ade. Habis lar kucing nie kalau dapat kat aku haha.

※Sent using a Sony Ericsson Aino mobile phone※

Sunday, October 16, 2011

Rahsia Hati Seorang Wanita

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 4:52 PM 0 komen


Rahasia Hati Seorang Perempuan

(¯`v´¯)
..`•.¸.•(¯`v´¯)
............`•.¸.•``(´'`v´'`)
. ......................`•.¸.•´* ƸӜƷ.¸¸¸.•• ƸӜƷ*
SENSITIF : bukan bermaksud suka merajuk , tapi hanya ingin bermanja dan mendapatkan perhatian (✿◠‿◠)

CEREWET : bukan bermaksud FUSSY tak menentu , kadang ingin LELAKI mengikut kata-katanya sekali aja (✿◠‿◠)

HALUS : ibarat sehalai sutera , cantik , mulus , lembut dan mudah tercabik dan koyak .. walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang lain atas sebab kesalahan , biasanya WANITA akan ingat kesalahan tersebut untuk disimpan jadi pelajaran., Bukan DENDAM (✿◠‿◠)

IKHLAS : ikhlas seorang wanita tak perlu diragui (✿◠‿◠)

KORBAN : WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang amat disayangi , termasuk
ibu bapa , anak-anak , dan suami ... WANITA amat tabah (✿◠‿◠)

PRIHATIN : sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam (✿◠‿◠)

MANJA : walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari., naluri seorang WANITA tetap seorang WANITA ., suka bermanja hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama kaum (✿◠‿◠)

EGO : WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak ketepi EGOnya apabila bertemu dengan yang dicintainya (✿◠‿◠)

CINTA : CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan tulus... bukan di khianati (✿◠‿◠)

SEKS : seks bukanlah segala-galanya buat WANITA krn WANITA diciptakan dengan 9 nafsu dan 1 akal ., NAFSU yang banyak dan tidak tertumpu kepada satu saja ., LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan 1 nafsu ..., fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan menghanyutkan wanita (✿◠‿◠)




*credit: Agak², Bila Kita Boleh Couple~?

Saturday, October 15, 2011

Hantar gune Aino Wawa :)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 7:49 PM 0 komen
Entah menjadi tak aku pakai emel handphone Aino aku nie hantar kat blog. Kalau ade, ade lar hehe al maklum 1st time mau try.
Aku attach sweet kapel nie sebagai percubaan pertama blogging gune Aino :). Sweet kan pasangan GAY nie. Haha gay?
Sent using a Sony Ericsson mobile phone

Wednesday, October 12, 2011

Meow! Meow... Meow Story Moryy.. :) Sayangilah haiwan paling comel nie..

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 5:22 PM 0 komen


Aku memang suka sangat.. sangat kucing tau! Diorang nie haiwan yang paling comel kat dunia nie dan kelakar layan gelagat kucing-kucing. Aku ade bela kucing, suka buli diorang! Tapi! Tak dera diorang tau! Kesian kucing aku sekor nie hah... Beruk Manusia mane tak ade hati perut usus bontot langsung! Tak ade sifat belas kasihan buat kucing aku nie kaki sakit dan bengkak. Memang aku dah sumpah-sumpah orang yang buat macam tu kat kucing aku.. Sumpah kau jadi cacat sebelah kaki, biar padan dengan hidung kau! So aku share la dari post kawan aku supaya menjadi iktibar bagi kita semua yang kita perlu sayangi mereka.. 


Kucing dengan kehidupan aku memang sinonim, almaklumlah mak dan arwah ayah aku d...aripada dulu lagi membela kucing ni sampaikan kalau korang datang umah aku memang penuh dengan kucing, sekarang ni bila dikira balik, adala dalam 16 ekor. Apa yang aku nak sharing kat sini ialah bagaimana makhluk ciptaan Allah ni memainkan peranan dalam kehidupan kita terutamanya aku. Dari dulu lagi aku dididik supaya membelai dan mengasihani kucing, sampaikan semua kawan aku tahu yang aku ni sayangkan kucing, diorang tak hairan dah kalau aku bercakap dengan kucing sebab diorang dah biasa. Nasib baik la diorang tak anggap aku ni gila!

Motif posting aku kali ni adalah untuk share dengan korang balasan daripada kita mengasihani binatang ciptaan Allah ni. Aku percaya kalau rumah korang selalu didatangi kucing yang korang tak pernah lihat or nampak then korang bagi makan then korang nampak kucing2 tersebut bersantai di sekeliling rumah korang, itu bermakna rumah korang penuh dengan rezeki2 yang Allah kurniakan, insya Allah. Kadang2 kat kedai makan, ada kucing yang lapar, apa salahnya kita bagi sikit cebisan2 lauk or tulang2, tak luak pun makanan kita, ye tak? Mungkin bukan di dunia kucing tersebut akan membalas jasa kita tetapi mungkin di akhirat. Ustaz aku time aku sekolah dulu pernah berseloroh, dia cakap mungkin kucing yang kita pernah tolong nanti di akhirat akan menolong kita, misalnya time nak menyeberangi titian siratul mustaqim, mebi kita terjatuh dan tak mustahil kucing yang kita pernah tolong di dunia akan menyambut tangan kita naik ke atas semula, wallahu alam...

Pernah satu ketika dulu time aku takda job, sen pun takda, seingat aku dalam poket ada RM3 je, time tu lapor yang amat, pegilah aku ke 7E, beli air tin dengat roti, time tu tengah malam dah, tengah makan roti sebungkus tu tiba2 muncullah seekor kucing betina, comel yang amat, aku ni takleh tengok yang comel2 ni, huhu. Jadi aku pon share lah sikit roti yang tak seberapa ni padanya. Lahap sunggoh dia makan, lapar agaknya, tengok perot pun kempis, tak makan 2-3 hari kot, jadi malam tu aku menikmati rezeki Allah dengan kucing tu. Abeh dah makan, dia terus naik duduk atas peha aku, aku paham, kalau dia buleh cakap, mesti dia cakap "Terima kasih". Aku usap2 badan dia, terlena dia atas peha aku. Aku gerakkan dia la nak balik, aku letak dia atas lantai. "Next time kita jumpa lagi!" Sambil aku start motor dan terus blah. Sebulan lepas tu aku datang lagi, aku tercari2 jugak mana pegi kucing ni, tak sampai lima minit, aku tengok dia datang sambil berlari2, ya Allah, ingat lagi kau kat aku. Tetiba je aku teringat manusia sesama kita ni, kadang2 kawan yang kita pernah tolong langsung tak ingat dah kat kita tapi berlainan dengan makhluk Allah yang lain.

Ada satu lagi pengalaman aku, masa tu aku stay umah membe aku, pagi2 tu aku keluar nak makan nasik lemak, ada sorang gerai milik seorang makcik tua ni kat satu simpang jalan, jadi aku pun singgahla makan. Aku tengok kat tepi gerai dia ada satu balang yang penoh dengan friskies yang penuh tapi aku tengok takda seekor kucing pun. Kebetulan time aku abes makan tu dia dah nak close gerai dia. Pas aku bayar then sebelom aku start kereta aku tengok makcik tua tu panggil kucing2 dia keluar lalu makcik tu tuangkan friskies tu atas kertas surat khabar. Lebih dari sepuloh ekor kot yang datang. Aku keluar then aku borak ngan makcik tu, sepanjang perbualan tu, ada satu yang aku kagum, makcik tu kata "Kucing2 makcik ni makcik bagi makan selepas makcik tutup kedai, sebab makcik ada pesan kat diorang, time pelanggan ada jangan keluar, nanti ganggu pelanggan makan." Begitu taat kucing2 tersebut kepada tuannya!

Last nak share, kat kampung aku ada market jual ikan, kalau korang pegi time malam selalulanya jam 9 malam, korang akan nampak satu Estima kaler itam akan datang bawa makanan kat kucing2 dan anjing2 kat dalam market tersebot. Aku pernah sekali sempat berborak dengan pakcik pemilik Estima tersebot, salah satu ayat yang aku nak share dengan korang adalah "Dah dekat 10 tahun pakcik bagi makan kat kucing2 dan anjing2 kawasan ni, alhamdulillah, berkat kita tolong diorang, Allah murahkan lagi rezeki pada pakcik sekeluarga. Kalau pakcik tak datang, entah sapala lagi nak bagi mereka makan." Sesungguhnya ternyata Allah murahkan rezeki pakcik tu sebab dia sanggup share rezeki dengan makhluk2 Allah yang lain.

Kita sama2 pikirkan, kalau kita nak rezeki kita murah, sentiasalah berkongsi rezeki yang kita dapat dengan makhluk2 Allah. Insya Allah, Allah murahkan lagi rezeki kita! Impian aku sekiranya rezeki aku dilebihkan Allah, aku nak buat satu rumah or tempat untuk kucing2 terbiar, bagi makanan dan perlindungan untuk mereka. Moga2 kita dapat mewujudkan rasa kasih sayang kepada makhluk2 Allah yang lain. Segala kekurangan datang dari aku dan semoga niat yang baik akan membawa seribu kelainan dan keberkatan buat kita. Insya Allah.


-Tanpa mereka sunyi aku tau nanti....Mereka lar PENYERI HIDUP Wawa :) sentiasa buat Wawa tersenyum dan gelak terbahak-bahak terkeluar kahak-

Monday, October 10, 2011

Aku suke makan Ikan Sardin... Tibe-tibe pulak bwekkk!! Oh tidak!!!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 10:08 PM 0 komen


Ade lar kawan aku nie shared link mengenai keburukan makan ikan sardin? Yup! Ikan sardin! Dah lar aku gila suka sama cinta ikan sardin nie! Sedap ikan sardin... Tapi.... Jom baca ape kawan kite share..




BARU KUTAHU BAHAYA SARDIN. ..ada betoi ka..

Erm...terjumpa artikel ni setelah dinasihati seorang sahabat supaya berhenti makan sardin....ups, this is my last menu mkn sardin... cuba sedaya upaya...takut lak baca artikel di bawah :-
Penemuan menakjubkan. .JANGAN MAKAN SARDIN
Assalamualaikum wbh

Saya dilahirkan dari keluarga miskin. Ibu bapa saya mengusahakan kebun getah. Waktu kecil, apabila ibu atau bapa membeli ikan sardin dalam tin, ia seperti satu makanan mewah. Sejak kecil memang saya suka makan sardin. Apatah lagi kalau masakan sardin yang dimasak oleh arwah ibu. Walau pun saya suka makan sardin, namun tidak berpeluang makan dengan kerap maklumlah bagi keluarga saya ketika itu, ia dianggap mahal.

Harga ikan sardin dalam tin pada hari ini dikira amat murah. Dalam lingkungan RM3 – RM4 sudah dapat satu tin sardin bersaiz besar. Kalau nak dibandingkan dengan membeli ikan kembung segar di pasar, rasanya lebih mudah dan murah membeli ikan sardin dalam tin. Tidak perlu memproses buang perut dan membasuh dan membubuh garam dan kunyit. Pendek kata, kalau beli ikan sardin, buka penutup, potongkan sedikit bawang dan tumiskan dengan cili, dalam tempuh yang singkat sudah siap lauk ikan sardin.
Tabiaat suka makan sardin saya berterusan sesudah kahwin. Namun tidak kerap kerana isteri kurang gemar ikan sardin.

Setelah saya berkenalan dan berguru dengan arwah guru, barulah saya terpaksa berhenti terus dari makan ikan sardin. Arwah guru saya bertegas memberikan arahan kepada saya “JANGAN MAKAN IKAN SARDIN”. Satu ketika setelah lama tidak makan ikan sardin, sewaktu saya makan tengahari bersama arwah guru, saya sangat terliur untuk makan lauk ikan sardin. Saya mengambil sepotong ikan sardin. Selepas itu, arwah guru saya tidak mahu bercakap dengan saya untuk beberapa jam kerana sangat marah kepada saya kerana mengambil lauk ikan sardin.

Lama kelamaan saya terpaksa belajar untuk tidak makan lagi ikan sardin. Alhamdulillah dengan pengalaman yang Allah berikan sepanjang bersama arwah guru dan terlibat dengan beberapa kes orang yang suka makan sardin, akhirnya kini saya memandang sangat jijik ikan sardin. Saya tidak akan memakan karipap ikan sardin dan sandwic sardin yang dihidangkan setiap kali mesyuarat di pejabat saya.

Mari kita lihat ikan sardin. Sewaktu saya suka makan ikan sardin dahulu, saya sangat suka makan bahagian tulang ikan sardin kerana ia lembut. Bagaimanakah ikan sardin ini diproses sehingga semua tulangnya menjadi lembut??. Kalau kita membuat eksperimen sains yang mudah di rumah dengan merebus seekor ikan kembung selama 3 hari 3 malam secara berterusan, insya-Allah akan kita dapati bahawa tulang ikan kembung ini tidak akan lembut. Mari kita ubah eksperimen ini dengan menggunakan pressure cooker memasak ikan kembung tersebut selama 3 hari 3 malam juga. Keputusannya akan tetap sama, tulang ikan kembung ini akan tetap keras.

Apa yang ingin saya persoalkan di sini ialah mengapa tulang ikan sardin ini sedia lembut apabila dikeluarkan dari tinnya? Jawapannya ialah sudah tentu terdapat bahan kimia khas yang dimasukkan ke dalam tin ikan sardin ini yang telah bertindak balas dengan tulang ikan ini sehingga menjadikan tulang ini lembut. Mengikut arwah guru saya, bahan kimia inilah yang menjadi ancaman kepada manusia apabila mereka memakan ikan sardin.

Apakah ancaman kepada manusia apabila memakan ikan sardin? Pemerhatian pertama atau kes pertama yang gunakan sebagai bahan bukti buruknya amalan makan sardin ialah kes seorang jiran saya yang terpaksa dibuang keseluruhan rahimnya kerana ketumbuhan fibroid di dalam rahimnya. Semenjak sekian lama saya berjiran dengan hamba Allah ini, saya memang tahu melalui anak-anak saya yang kerap ke rumahnya bahawa hamba Allah ini memang gemar memakan ikan sardin dan mee maggi. Maklumlah bagi seorang wanita dengan kerjaya besar yang sentiasa sibuk dan tiada orang gaji, penyelesaian mudah ialah memasak nasi berlauk ikan sardin dan kalau ingin lebih ringkas, stok mee maggi sentiasa tersedia.

Hamba Allah ini telah kehilangan rahimnya semenjak usianya awal 40an. Begitulah, jikalau kerap seseorang terutama sekali orang perempuan gemar makan sardin, jawapannya, pelbagai tumor seperti fibroid di dalam rahim akan insya-Allah diberikan oleh Allah. Fibroid sebenarnya adalah sejenis kanser benign yang tidak merebak ke bahagian lain tubuh. Sebenarnya berdasarkan pemerhatian- pemerhatian lalu ini boleh dirumuskan seolah-olah di dalam tin ikan sardin terdapat sejenis bahan kimia yang bersifat karsinogen (bahan kimia penyebab kanser). Apabila kerap dan sudah cukup tempuhnya, ia akan menyebabkan tumor atau kanser samaada benign atau malignan. Namun dalam pemerhatian saya ia banyak menyebabkan fibroid dalam rahim dan tumor.

Antara sampel kajian saya yang suka dan kerap makan sardin ialah seorang hamba Allah yang secara tiba-tiba sewaktu mengandungkan anak keduanya iaitu seorang anak perempuan tiba-tiba mengidam makan ikan sardin. Hampir setiap hari sepanjang mengandungkan anak perempuannya ini hamba Allah ini akan makan ikan sardin. Akibat dari tabiaat ini, sebaik sahaja aak perempuan keduanya ini dilahirkan, terdapat ketumbuhan pada rahim bayi perempuan ini. Pembedahan terpaksa dilakukan ketika bayi ini berusia kalau tidak silap saya 3 bulan. Begitulah azab diperolehi dari tabiaat gemar makan ikan sardin.

Namun saya bersyukur kepada Allah swt kerana sebenarnya isu makan ikan sardin inilah yang antara menjadi punca sehingga akhirnya hamba Allah ini belajar ilmu agama dari saya sehingga pelbagai amalan syirik dan tangkalnya alhamdulillah telah dapat dibuang. Hamba Allah ini kini alhamdulillah telah menjadi antara murid saya yang banyak sekali mendapat pelbagai rahmat dari Allah walaupun dahulunya jahil.

Sebagai latihan pengukuhan kepada para pembaca budiman semua, cuba lah buat sedikit kajian ke atas mana-mana kenalan atau saudara mara yang pernah mengalami sebarang kes tumor atau fibroid dan selepas itu kajilah sejarah permakanan mereka ini. Kemungkinan besar mereka ini memang gemar dan kerap makan ikan sardin. Dengan itu marilah pembaca sekelian memboikot makan ikan sardin semoga insya-Allah dijauhkan Allah dari terkena sebarang penyakit berkaitan tumor, fibroid atau sebarang penyakit kanser lainnya.

Sekian untuk kali ini. INGAT, jangan makan ikan sardin.

Setakat mana kebenaranya

Wassalam wallahualam


-The End-


(Tapi tak boleh lar nak tinggal... Teringat aku keje GSC dulu Ikan Sardin tu favorite makanan aku time duit seciput jer...)


-Sekian-

Sunday, October 9, 2011

Nak Ipad 2 atau Apad irobot?

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 11:23 PM 0 komen
Hamboi... hamboi.. sekarang orang asyik sibuk nak beli ipad 2 dan ade dah beli. Jeles aku! Aku mane lar mampu mau beli benda alah nie beribu-ribu. Adeh lain la kalau kawin dengan datuk orang kaya haha! Tapi tertarik jugak dengan pakej yang ditawarkan oleh Digi. Lagipun tu untuk internet plan ipad jer pun.


Canggih memang canggih.. Boleh main facebook tapi sayang ler tak boleh pulak nak main facebook games. Kadang-kadang main facebook pun ade jugak boring, nak hilangkan boring kite main layan games buang habis masa kat situ haha.

Tiba-tiba aku ade lar jumpe benda alah satu lagi nie rupa macam ipad tapi bukan.


Bila nampak Apad nie, teringin nak beli yang nie pulak. Al maklum ler aku punye laptop tak dapat diselamatkan. Dah tak ade denyutan nadi lappy aku tu.. Sedih betul! Yang best aku review Apad nie dijual murah dalam linkungan harga RM200-RM400 macam tu. Ade dia bagi sekali dengan keyboard free and yang kena charge, tengok penjual lar.

Tapi tak semua kedai jual Apad irobot nie, cuma ade kat internet jer aku search. Apad nie ade flash so boleh main games facebook :). Walaupun RAM dia tak berapa lar laju macam Ipad 2 tu... Tambahan pulak Apad nie ade Android Froyo so ade bermacam-macam application kite boleh download.

Minat pulak aku mau beli Apad nie, murah and ade penjual tu siap bagi 2 years warranty. Walaupun panjang warranty mau jugak kena pergi Penang hoho. Nasib baik dekat kampung aku. :) . So itu saje lar! Biar aku mimpi gajet nie. Mane tau turun dari langit. Kedepap! kelapa jatuh! Kannn... See ya!

Tuesday, October 4, 2011

Autoplay Youtube kat blog :)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 3:46 PM 0 komen
Aku nie kadang-kadang menggatai jugak jari-jemari mau klik sane sini situ... And then terjumpe lar cara nak autoplay youtube kalau letak kat blog korang atau website korang. Selalu aku nampak ramai yang taruk lagu kat blog dorang gune player kat fullmusik betul tak? betul tak? Sebab aku pun taruk jugak http://www.emocutez.com

Tapi susah jugak kalau tak ade nak pause lagu tu bila kita tak mau dengar kan... Ade lagu yang kite nak tu tak ade lar pulak kan.. So aku decide nak gune video youtube, boleh pause and play suke suki kau ler sambil taake a break bersame kit kat :) Youtube dulu kan boleh setting sendiri autoplay tapi sekarang dah tak ade nak letak coloful gitu.. gitu.. nak buat camnie lar.. camtu lar... R.A.I.N.B.O.W bagai... bla..bla.. http://www.emocutez.com

OK JOM! Masa korang play video youtube kat bawah tu ade button untuk SHARE kan, korang klik and then nanti keluar button EMBED dengan EMAIL. Korang klik yang EMBED tu akan keluar macam ginie...

*klik untuk besarkan
Kat code...





Korang tambah code yang nie aje   macam ginie.. Ikot macam saye...



Dah siap! Korang dah boleh taruk kat blog korang :) macam aku dah buat kat blog..

Selamat mencuba!
http://www.emocutez.com


Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting