Thursday, March 31, 2011

BTS Bangkok Traffic (Love) Story.. KLAKAR!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 1:05 AM


Movie ni memang best! Kecut perut Wa asyik nak tergelak aje tengok gelagat perempuan tu. Cerita ni mengisahkan seorang gadis yang single yang berumur 30 tahun meneruskan perjuangan untuk mencari cinta sejati dia. So suatu hari dia terserempak dengan lelaki hensem yang bekerja sebagai engineer BTS (keretapi). Bagi dia dah jumpa 'the right man' dan bermula la kisah mereka. Tak rugi kalau tengok movie. Gerenti kelakar!

Bila Wa tengok cerita ni teringat balik pengalaman pernah bagi ujian kat seseorang nak tahu orang tu sebenarnya ikhlas suka Wa ke tak. Kebetulan dia buat Wa sakit hati lagi bila dia tinggalkan Wa macam tu aje semata-mata nak jumpa kawan. Terasa la jugak kalau orang tu bagi newspaper pastu BLA! Terasa kena HALAU! Mane tak nye Wa BLA macam tu aje. Orang tak ajak sekali buat ape nak ikut kang cakap KACAU!

Balik tu Wa buat keputusan nak uji dengan luah perasaan tak puas hati ( mengada-ngada budak ni :p ) pastu cakap PUTUS! Nak tau ape jawapan dia bagi.. Antara 2 jawapan dalam fikiran Wa masa tu. Kalau dia ikhlas suka, dia akan cakap pikir masak-masak dulu, kalau tak bla.. bla.. bla.. ok kita putus!

Dalam dunia ni perempuan mane yang suka kalau BF korang bergurau dengan perempuan lain guna perkataan 'kiss u' kang, 'peluk u' kang, 'gigit' kang, 'sayang mak cik' walaupun itu gurauan. Kalau lelaki tu ditempat kita? Suatu hari kita bergurau dengan lelaki lain "You buat salah lagi keje ni kiss you kang baru tau". HAH! Masa tu la lelaki nak cakap perempuan curang la! Penipu la! So0oo.. tolong la cermin dulu diri korang wahai lelaki...

Walaupun Wa tau manusia ni susah nak berubah. Bak kawan Wa cakap.... Bila orang tu dah pernah buat sekali dan dua kali, dia akan terbiasa dengan perangai tu ajee lar nampak nye. Wa jadi Single lagi bagus tak ade la nak sakit hati lagi huh! Skandal pun ramai HAHA! Betul tak JIEN & TOMA???

-Luahan hati Wawa Takizawa-

2 komen:

Anonymous said...

salam...suka tengok blog ni...cantik...sy kalu nk sign in tuk jadu follower agak sukar kerana diganggu dengan widget putih itu...

Anonymous said...

*jadi

Post a Comment

Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting