Thursday, March 31, 2011

BTS Bangkok Traffic (Love) Story.. KLAKAR!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 1:05 AM 2 komen


Movie ni memang best! Kecut perut Wa asyik nak tergelak aje tengok gelagat perempuan tu. Cerita ni mengisahkan seorang gadis yang single yang berumur 30 tahun meneruskan perjuangan untuk mencari cinta sejati dia. So suatu hari dia terserempak dengan lelaki hensem yang bekerja sebagai engineer BTS (keretapi). Bagi dia dah jumpa 'the right man' dan bermula la kisah mereka. Tak rugi kalau tengok movie. Gerenti kelakar!

Bila Wa tengok cerita ni teringat balik pengalaman pernah bagi ujian kat seseorang nak tahu orang tu sebenarnya ikhlas suka Wa ke tak. Kebetulan dia buat Wa sakit hati lagi bila dia tinggalkan Wa macam tu aje semata-mata nak jumpa kawan. Terasa la jugak kalau orang tu bagi newspaper pastu BLA! Terasa kena HALAU! Mane tak nye Wa BLA macam tu aje. Orang tak ajak sekali buat ape nak ikut kang cakap KACAU!

Balik tu Wa buat keputusan nak uji dengan luah perasaan tak puas hati ( mengada-ngada budak ni :p ) pastu cakap PUTUS! Nak tau ape jawapan dia bagi.. Antara 2 jawapan dalam fikiran Wa masa tu. Kalau dia ikhlas suka, dia akan cakap pikir masak-masak dulu, kalau tak bla.. bla.. bla.. ok kita putus!

Dalam dunia ni perempuan mane yang suka kalau BF korang bergurau dengan perempuan lain guna perkataan 'kiss u' kang, 'peluk u' kang, 'gigit' kang, 'sayang mak cik' walaupun itu gurauan. Kalau lelaki tu ditempat kita? Suatu hari kita bergurau dengan lelaki lain "You buat salah lagi keje ni kiss you kang baru tau". HAH! Masa tu la lelaki nak cakap perempuan curang la! Penipu la! So0oo.. tolong la cermin dulu diri korang wahai lelaki...

Walaupun Wa tau manusia ni susah nak berubah. Bak kawan Wa cakap.... Bila orang tu dah pernah buat sekali dan dua kali, dia akan terbiasa dengan perangai tu ajee lar nampak nye. Wa jadi Single lagi bagus tak ade la nak sakit hati lagi huh! Skandal pun ramai HAHA! Betul tak JIEN & TOMA???

-Luahan hati Wawa Takizawa-

Friday, March 25, 2011

Sucker Punch! Boleh tahan fantasi..

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 10:49 PM 0 komen



Sucker Punch ni mengisahkan seorang gadis muda bernama Baby Doll yang mengembara untuk mencari 5 barang diperlukan untuk keluar dari tempat 'kegelapan'. Dia perlu mencari PETA, API, PISAU, KUNCI dan terakhir 'MISTERI' bersama 4 gadis-gadis yang lain.

Movie ni nak katekan best lar jugak part Baby Doll tu mula masuk dalam dunia fantasi setiap kali dia nak menari. Setiap kali dia nak dapatkan barang tu ade jer dia nak menari. Tengok movie pun pening jugak bagi aku la HUHU~. Sebabnye sekejap perempuan tu dalam realiti sekejap dia masuk dunia fantasi dia. Dalam dunia fantasi tu gempak jugak lar dia lawan semua tu. Akhirnye, bukan dia yang terselamat! Rupenye semua yang dia buat untuk bebaskan Sweet Pea tu.. Haiyooo~ Yang MISTERI sangat tu la DIA Baby Doll yang kena korban. Kesian dia...

Tapi kan... kan.. kan... Suke lar! Tengok Baby Doll. Comey aje! Suka rambut dia! Mata dia! weee~....



Aku ni kadang-kadang suke jugak tengok girls yang cantik-cantik... Chop! Chop! Bukan lesbian tau! Cuma puji diorang tu cantik. Pastu terpikir kenape la aku tak cantik macam diorang. Tapikan Mak aku cakap, dalam dunia ni ramai yang cantik tapi hanya beberapa orang aje yang HATI YANG CANTIK. Nak pilih luaran yang cantik ke hati yang cantik? HAHA! Semestinya hati yang cantik lorhhh...~ Macam AKU d^.^b. ( Puji diri sendiri )

Orang yang bersikap kebudak-budakan adalah orang yang jujur berbanding dengan perempuan yang cantik mekap tebal belum tentu hati dia cantik. ( Kebanyakan penipu! ) Aku cakap 'kebanyakan' ye! Bukan semua.. Aku macam budak-budak jugak tapi tak semestinya jujur 100% HEHE~ Ade jugak menipu. Tipu sunat HAHA! Tipu bukan untuk kepentingan diri sendiri tapi untuk kebaikan orang lain. Heee~ Tu jenis aku..

Setakat ini saje MUAHX!
-Wawa Takizawa-

Friday, March 18, 2011

Fahrenheit 88 & Pavillion.. Wihooo.. :)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 1:11 PM 4 komen
Bukan senang nak jumpe kawan bila dah keje ni. Dulu yela study same-same dating same-same makan same-same, pergi bilik air pun same-same Ooppss.. Pergi bilik air jer bukan masuk sekali dalam 'bilik' tu. Dalam banyak-banyak kawan yang aku ade, yang paling bertahan lame kawan dengan aku kawan SATU kolej. Dulu rapat zaman sekolah kawan asyik-asyik pindah sebab tu aku dah biasa keseorangan.

Kali ni, aku dengan my darling laling pergi enjoy dekat Fahrenheit 88. Tak pernah la kiteorang pergi situ. JAKUN jadinye masuk sane haha! Jumpe JEJAKA-JEJAKA hensem kat sana ramai sangat! Sampai sanggup cakap nak keje kat situ la! ( Ooopss terjujur pulak )


Aku ni tak pandai nak tipu. Budak lurus sangat tu yang selalu kena buli jer! KAdang-kadang tu terpaksa tipu tapi TAK selalu sebab nak jaga hati orang kan... OK NEXT!


Kalau dah jumpe bear-bear comel memang susah nak berenggang. Sempat lagi aku...


Eh bukan tu jer.. Patung PELIK kepala besar pun aku suka ambik!


Suka betul patung pelik ni . Bergambar aje la yang dapat.. Nak beli memang tak mampu kalau dah harga RM40 gituuu.. d~.~b Aku paling suke kalau orang hadiahkan patung :) sebab aku tak suka bunga! Suke benda yang tahan lame (sebagai kenangan) dan berguna macam MAKANAN! masuk dalam perut..

Dah jadi gila tang situ.. Mula pulak kalau dah masuk UNI QLO!



Kiteorang memang tak akan beli pun, saje aje nak bergambar posing jer lebih dan KETERLALUAN HAHA!

Dah posing kat situ tibe-tibe terjumpe la pulak KUROKI MEISA!



Bergambar dengan GAMBAR dia pun dah cukup hehe~ :)



COMEL kan? Patung jer banyak!


Sebelum kiteorang pergi dari Fahrenheit, sempat kami dan kami jadi MODEL...



Jalan punye jalan, alang-alang tu jer kan kiteorang pergi Pavillion keliling sane pulak!





Akhirnye makanan yang diidam-idam selame ni dapat jugak aku beli. Kalau tak terliur aku dalam mimpi tak dapat-dapat noh~ GULA-GULA KAPAS!



Keje aku makan.. makan.. makan..



Sebelum beredar MOH ler tepi PATUNG jadi model jalanan tepian tangga KYAAA~



Tamat la KAKI kami lenguh berjalan sane sini.. Tak boleh lupe, ade FREE SHOW yang kami dapat tengok jugak HAHA! Biar Aku, Toma & Jien saje yang tau...

-kenangan 9 march 2011-

Sunday, March 13, 2011

Trip to A Famosa Dot Dot Dot...

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 5:34 PM 2 komen
Akhirnye dapat bukak jugak blog ni HWUAAA~.  Entah macam mane sebelum ni aku try bukak dia cakap tulis 'Your blog has been removed'. Memang sakit hati pun ade jugak. Tau la dah berapa lame aku karang cerita kat blog ni tetiba pulak suka suki jer remove blog orang. Penat tau jari-jemari tekan button laptop ni! huh! Ok sekarang dah ok semata-mata dia mintak verified ape kejadahnye, yang penting aku dah dapat balik blog ni.

Time blog ni tak bukak aku ade pergi Melaka, suke! suke! Dah lame tak keluar dari KL ni. (macam baru keluar dari HUTAN). Dulu tak dapat nak pergi Staff Party, tapi entah kenapa aku pujuk mak and ayah dapat jugak pergi Melaka.

Bila sampai sane, terus kiteorang mandi swimming pool. Aku masuk dalam kolam tu pun dah mengigil badan tapi tengok diorang pulak tak ade sejuk. 'Ayahanda' siap lagi cakap "Air ni tak sejuk".. HAAAA~!!?? Aku dah mengigil sejuk.. Dia cakap TAK? Kemungkinan aku dah lame tak berendam kot macam kuih Puteri Berendam tu... ( Betul ker ni? )

Sesudah mandi tu kiteorang pun BLA la nak pergi makan. Punye la JAUHHH...~ Pusing punye pusing dapat la makan Pari Masak Asam Pedas yang buat perut aku terasa PEDAS. Nasib baik perut sakit time nak balik, kalau tak... tak terasa happy main FUN FAIR ( betul eja?) buat-buat paham aje lar. Macam-macam aku dapat. Dapat mainan doktor-doktor la yang budak-budak main tuuu.. Tau la dah lame tak main game doktor-doktor kat FACEBOOK. YAng paling suke! Dapat BEAR! Heheh~ Main baling pecah belon.

Kenangan sebelum BLA dari BANGLO A FAMOSA..



Next station WATER WOLRD A FAMOSA.. Dekat sini aku tak boleh nak lupa time naik gelongsor air tuu.. Boleh pulak buat pitstop kat tengah-tengah gelongsor. Aku ingat kenapa la cepat sangat dah turun sampai bawah, bile aku pandang belakang diorang tu ade lagi rupe-rupenye tersangkut kejap kat tengah gelongsor. Memang gelak terbahak-bahak la.

Habis mandi beli la buah tangan untuk kawan-kawan walaupun tak banyak aku beli. Orang mane la kaya (nak kaya makan kaya dengan roti) nak beli banyak-banyak. Kalau beli belacan tak ape jugak hehe~. Berhenti sekejap dekat cenderahati. Yang menarik dekat situ, beli barang diorang atas RM10 boleh bergambar dengan ular. Dan inilah hasilnye...



Sebenarnye muke aku jadi macam tu takut kena dengan lidah ular tu jer.. Ular tu asyik jelir lidah jer.. Tak penat ker?



Aku suke tengok gambar ni. Kenapa? Sebab boleh buat dialog, " Kesian dekat kau ye, bosan duduk kat sini tak ape biar saye temankan kau so kau tak bosan". Sorry la ye Nasir! HAHA!

Safari A FAMOSA...





Comel-comel aje haiwan dekat sini. Lagi-lagi suka sama PONY macam anak aku jer. (bile pulak ade anak?).

Dekat Safari, kiteorang lame tau pujuk si MEMERANG sekor ni punye pasal. Orang nak bagi roti die makan tapi malas ke takut nak seberang air tu. Tengok video ni.. Comel jer bunyi macam anak kucing aku.



Lastly, dah penat keliling Safari and tengok show koboi kat situ. Semua pun balik ke tempat keje kat Times Square. Yang keje terus keje la, yang tak keje macam aku ni... HEHEH~ Sempat lagi makan and then tengok wayang dengan kawan.


-Ditaip oleh jari-jemari Wawa Takizawa-
1st march 2011
Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting