Wednesday, February 9, 2011

Kena cucuk

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:05 PM
Pengajaran yang aku dapat. Jangan Makan Makanan Yang Bercili Sama Sekali!. Tu la padahnye gatal sangat nak makan sotong sambal kat kedai makan tu yang menyebabkan perut memulas-mulas sakit sampai cirit-birit dan muntah-muntah dibuatnya. Ini sebab kedai makan tu la masak cili tak masak dengan betul. Whuaaa~ 2 HARI aku tak dapat bergerak dari katil dah jadi anak patung (WAWA). Memang betul WAWA!. Orang call pun tak dapat nak angkat lagi pulak yang hantar mesej pun aku tak balas.

Masa tu dah habis muntah semua tu kat tempat keje. Tang nak balik tu la yang memalukan!. Ingatkan dah habis muntah lega sikit. Tak sangka nak dekat sampai rumah, aku terMUNTAH dalam bas. HUUU~ d~.~b MEMALUKAN! Nasib baik muntah sebelah tempat duduk tu tak ade orang. Kalau ade memang nasib malang orang tu la duk sebelah aku HAHA~!. Ade la auntie tu baik bagi aku plastik nak muntah tapi aku dah habis muntah dah baru dia bagi. HAIYOOO~ Pengalaman 'MANIS' tak boleh dilupakan 1st time muntah dalam bas. KYAAA~ Segan dowh!

Esoknye terbaring kat katil 2 HARI pandang siling aje 48 JAM. Seharian jugak la tak makan sebab tak ade selera. Tu yang jadi kurus langsing gituw~ HAHA! Yela tu! Hari ke 3 tu boleh la jalan sikit-sikit pergi klinik walaupun tak larat Mak temankan. Yang paling tak suka...... KENA CUCUK! Nurse tu curi darah aku ala-ala dalam cerita Vampire tu <----- Berehat sebentar dengan mengarut.

Aduh dah la aku dapat nurse laki buat-buat check tekanan darah aku la sampai 2 kali. Aku tengok jer lar. Yang nurse sebelah aku dah ambik 2-3 orang pesakit punye darah. Yang aku duk check tekanan darah. Aku punye la tunggu bila PAK CIK ni nak cucuk. Dah takut kena cucuk... WHUUUAA~ Nangis aku dibuatnye.. Rase macam kena gigit siput semut.. HEHE~ Tu yang bertampal kat lengan aku..


Nak aje aku tanye kat nurse tu... Nak tanyeee..... "Tak boleh ke kalau taruk plaster yang kartun-kartun macam Pooh ke Mashimaru. Kan lagi comel". Ngeeee~ Mau jugak aku kena lempang laju-laju dengan nurse tu HAHA~

Dah la doktor tu curi darah satu tube. Kurang darah dah d~.~b. <----- macam la nak mati ambik darah seciput. Habis ambik darah so doktor cakap aku tak kena demam denggi. Dalam hati YAHOOO!!. Dia dah ambik darah lepas tu bagi lagi hadiah UBAT yang kena makan. Kenyang aku makan ubat. Padahal baru 1 ke 2 minggu lepas pergi klinik sakit perut..HAIYAA...!!

-T0ink T0ink-

0 komen:

Post a Comment

Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting