Wednesday, February 9, 2011

Kena cucuk

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:05 PM 0 komen
Pengajaran yang aku dapat. Jangan Makan Makanan Yang Bercili Sama Sekali!. Tu la padahnye gatal sangat nak makan sotong sambal kat kedai makan tu yang menyebabkan perut memulas-mulas sakit sampai cirit-birit dan muntah-muntah dibuatnya. Ini sebab kedai makan tu la masak cili tak masak dengan betul. Whuaaa~ 2 HARI aku tak dapat bergerak dari katil dah jadi anak patung (WAWA). Memang betul WAWA!. Orang call pun tak dapat nak angkat lagi pulak yang hantar mesej pun aku tak balas.

Masa tu dah habis muntah semua tu kat tempat keje. Tang nak balik tu la yang memalukan!. Ingatkan dah habis muntah lega sikit. Tak sangka nak dekat sampai rumah, aku terMUNTAH dalam bas. HUUU~ d~.~b MEMALUKAN! Nasib baik muntah sebelah tempat duduk tu tak ade orang. Kalau ade memang nasib malang orang tu la duk sebelah aku HAHA~!. Ade la auntie tu baik bagi aku plastik nak muntah tapi aku dah habis muntah dah baru dia bagi. HAIYOOO~ Pengalaman 'MANIS' tak boleh dilupakan 1st time muntah dalam bas. KYAAA~ Segan dowh!

Esoknye terbaring kat katil 2 HARI pandang siling aje 48 JAM. Seharian jugak la tak makan sebab tak ade selera. Tu yang jadi kurus langsing gituw~ HAHA! Yela tu! Hari ke 3 tu boleh la jalan sikit-sikit pergi klinik walaupun tak larat Mak temankan. Yang paling tak suka...... KENA CUCUK! Nurse tu curi darah aku ala-ala dalam cerita Vampire tu <----- Berehat sebentar dengan mengarut.

Aduh dah la aku dapat nurse laki buat-buat check tekanan darah aku la sampai 2 kali. Aku tengok jer lar. Yang nurse sebelah aku dah ambik 2-3 orang pesakit punye darah. Yang aku duk check tekanan darah. Aku punye la tunggu bila PAK CIK ni nak cucuk. Dah takut kena cucuk... WHUUUAA~ Nangis aku dibuatnye.. Rase macam kena gigit siput semut.. HEHE~ Tu yang bertampal kat lengan aku..


Nak aje aku tanye kat nurse tu... Nak tanyeee..... "Tak boleh ke kalau taruk plaster yang kartun-kartun macam Pooh ke Mashimaru. Kan lagi comel". Ngeeee~ Mau jugak aku kena lempang laju-laju dengan nurse tu HAHA~

Dah la doktor tu curi darah satu tube. Kurang darah dah d~.~b. <----- macam la nak mati ambik darah seciput. Habis ambik darah so doktor cakap aku tak kena demam denggi. Dalam hati YAHOOO!!. Dia dah ambik darah lepas tu bagi lagi hadiah UBAT yang kena makan. Kenyang aku makan ubat. Padahal baru 1 ke 2 minggu lepas pergi klinik sakit perut..HAIYAA...!!

-T0ink T0ink-

Thursday, February 3, 2011

Yogi Bear! My Boo Boo...

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 12:03 AM 2 komen



KYAAA~!!! Dah lame punye tunggu nak tengok cerita MY BOO BOO YOGI BEAR. 1st trailer dia keluar nampak macam besh. Tak ape! Tak ape! Kalau aku tak ade keje.... Aku hilangkan diri nak tengok BOO BOO esok nanti keje HAHA! Shhhh...!!! Diam-diam aje nak buat ni! Dah la comey suara YOGI BOO BOO sampai termimpi-mimpi keluar air liur basi melekat kat bantal. (tak senonoh punye budak!)

Alamak! Terlupe pulak ade 'YOGI BEAR HIDUP' nanti jaga kat pintu masuk la pulak. Itu pun kalau dia shift PAGI haha~

-Setakat ni aje diari hari ni, ape-ape nanti update kat sini-

Wednesday, February 2, 2011

MUKTAMAD! Keputusan dah dibuat.. [updated!]

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 12:15 AM 0 komen
Aku dah plan siap-siap dan dah pikir masak-masak ala ayam panggang hangus jadi nye. Aku ni memang kalau bab-bab kena perah otak lambat nak buat keputusan. Disebabkan orang yang jenis TAK SUKA BERPIKIR. Mula aje berpikir dah pening kepala nak cari noktah hujung mane tak jumpe. <--- ape yang merepek ni.

Tak tau cuti keje aku bila tapi aku dah plan nak keluar:

1) Pergi BSN
- Nak beli no unik id kat kaunter pak cik ke mak cik yang jual untuk nombor ekor id kemasukan universiti.
- Duit pun nanti melayang 1 duit merah dan 1 duit hijau (suke benar main kaler2 duit ni hehe :p).
- Walaupun malas nak sambung belajar! tapi dah terpaksa, MAK pun dah bising masuk telinga kanan TAK keluar telinga kiri sebab tersumbat.




2) Shopping
- Akak dah ajak keluar shopping nak beli baju keje dia.
- Alang-alang tu aku pun join la sebadan ikut same kang aku nak jugak beli baju untuk staff party nanti (dah nak dekat baru la sibuk nak mencari) SIPUT betul!
- Akak nak pergi shopping kat Prima Gombak yang baru aje TERBINA DIBINA ala istana tu. Aku tengok pun makanan sedap-sedap tapi mahal d~.~b. <---- nak shopping ke nak makan?
- Beli barang mane yang perlu aje. Aku bukan jenis GILA SHOPPING perhabiskan duit. Eh! Melainkan TERJUMPA barang kesukaan yang tak boleh dielakkan HEHE~
- Macam nak pergi SOGO jugak hrmm.... (pikirkan nanti)

CANCEL STAFF PARTY! d~.~b
- Tak dapat nak join staff party GSC tahun ni. Menyedihkan. Teringin sangat-sangat nak pergi tapi nak buat macam mane kalau dah Mak and Ayah tak beri kebenaran. Diorang bimbang keselamatan satu! Balik pun kemungkinan 5am or 6am gitu. Lepas tu risau kesihatan anaknye.





-THE END-
by otak dah mengong!
Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting