Thursday, July 22, 2010

Akhirnya... Dapat Jugak Bantal Yang Diidam-Idamkan Ni

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 10:17 PM 8 komen
Dah berapa minggu tak update blog yang dah bersawang dengan salji-salji turun. Keh..Keh.. Bukan bersawang dengan labah-labah. Seronok betul hari ni aku dapat cuti time movie Sorcerer's Apprentice first day keluar. GSC kat BTS siap bukak sampai 2 halls besar PLUS dengan Premier Class. Diorang akan jangka ramai orang akan tengok movie ni masa 1st day keluar nanti tapi bila aku pergi saje wayang hari ni kat sane.. Tak ramai pun. Tapi boleh la separuh dari wayang tu penuh. Aku macam biasa saje la masuk selamba katak FREE saje kan tapi kena bayar la pulak budak seorang aku bawak ni. Siap sumbat lagi PERUT dia dengan KFC TOASTED POCKETFUL combo satu! Tak ape! Tak ape! Sekali sekala saje nak belanje ANAK ORANG. <----terserlah dengan kedekut macam HJ BAKHIL


Aku cakapkan MEMANG cerita Sorcerer's Apprentice ni BEST! Ade-ade aje buat aku tergelak. Nasib baik tak ade popcorn kat tepi.. Kalau popcorn-popcorn sekali terhembus keluar sebab gelak bahak-bahak... Habis patrons kat situ dihujani dengan popcorn aku. <---- Bagus betul imaginasi aku ni


Habis saje tengok cerita tu.. Dah tak tau nak pergi mane. Anak orang ni cadang suruh jalan-jalan kat BTS sebelum balik. Mau jugak aku dah MUAK tengok kedai-kedai kat situ hari-hari aku lalu-lalang. Last sekali dia baru teringat suruh aku tunjuk kedai yang jual barang-barang import dari KOREA, JAPAN dengan TAIWAN. Aku pun bawak dia pergi sana. Yang naik jadi GILA tengok barang kat situ bukan dia! Tapi AKU sendiri! Wah... dengan dompet aku yang berisi dengan duit kertas LIMA KOSONG berape keping dalam tu.


Barang yang AKU idam-idamkan selama ni aku tunggu saje TAPI asyik LUPA aje OTAK aku yang dah HILANG INGATAN sekejap. OH! OH! OHHHH.... BANTAL!


Bantal ni la yang aku maksudkan selame ni. Lepas ni aku nak tidur PELUK-PELUK biar bantal tu jadi MASAM and then boleh aku termimpi-mimpi aku peluk betul-betul dengan 4 orang ni especially YONG HWA! Aku gilak sama lu! Keh..keh.. Jangan marah peminat Yong Hwa yer.. Mesti tidur nyenyak nanti NYAMUK gigit pun GUA TALA HAIRAN dah!


Dah aku letak bantal kat kaunter, datang pulak auntie tu tunjuk barangan ANJELL yang lain.. POSTER... KEY CHAIN HANDPHONE... RANTAI... CAWAN.. Macam-macam buat aku lagi bertambah gila. PANG! PANG! PANG! aku tampar pipi aku sendiri (dalam pikiran). Duit dalam dompet banyak lagi. Tambah pulak dengan auntie tu TAWAR kad diskaun yang boleh guna SETAHUN! dengan syarat kena beli barang dia RM100 keatas baru dapat kad diskaun FREE. HASILNYA.....





Auntie tu berjaya tawan hati aku untuk beli barang lebih ratus-ratus ringgit. Bukan tawan hati lain pulak yer. DUSH! DUSH! jangan pikir lain. Fuhhh.. Cawan satu dah berape. Bertambah pulak dengan barang ni yang tak akan aku pakai..




Dah la aku rimas kalau pakai benda-benda yang menyemak kat leher, tangan termasuk la kaki aku ni. Aku mane nak pakai gelang-gelang dengan rantai ni. Ni lagi la rantai KLON Geun Suk bagi kat Go Minam.. Walaupun aku minat gila dengan diorang.. Aku tak akan pakai! <---- kuang..kuang sape suruh beli!. Tengah pikir... Baik aku bagi kat orang saje la.. Tak tau nak bagi sape.. Hmmm.. Buat CONTEST ke?? Hmmm.. Nanti-nanti la aku pikir contest ape.


Calculate-calculate kat kaunter tu..... Harga semua barang yang aku beli ni.. Nak tau berape aku perhabis kan stok duit dalam dompet! JENG! JENG! JENG! macam nak buat silap mata..



RM 114!!!

Aku ni memang suka buang duit beli benda yang tak perlu pakai. Dalam 3 barang yang aku beli.. BANTAL saje la aku puas hati beli AND akan selalu guna MASA TIDUR.. HeHe XD SO... Korang jangan jadi macam aku yang suka BOROS!

Sunday, July 18, 2010

Happy Julai. Happy Aku July? Taram Saje La

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 1:11 AM 4 komen

hari nie aku rase heppy banget!
nape ye?
hari nie rase bahagia!
nape yek?
semalam kaw-kaw nanges sampai mata jadi cantik macam katak!

sejak-sejak nie memang aku careless betul dalam bab-bab mengira duit .sendiri
ala aku lah jutawan
tak! tak!
aku lah billionaire
last-last sampai tang nak close shift tu
jeng..jeng..jeng..
BESH aku SHORT LAGI????
Dah la gaji baru dapat, tak tentu pasal aku kena keluarkan 2 keping DUIT MERAH dari poket aku bayar duit short tu
isk* isk* isk*
Tak mau aku nak nangis depan MANAGER pulak
Nangis dalam hati jer.. <--- itu pun jadi
Dia pun tanya, "Kenapa sejak berapa hari ni asyik short je? Kamu ade masalah ke? Sebelum ni tak ade pun short.Cuba cerita.." <----- dengan nada ingin tahu, mata tenung kat aku
Aku terdiam la dengan otak berserabut PLUS dengan BENGONG tambah pulak BLUR
Yang manager lagi satu pulak tersengih tengok muka aku yang blur
Terus aku diam je lameeeeeeeee.... lameee....
(Duk tahan nak nangis tu)
Akhirnya hulur jugak duit MERAH 2 helai kat manager, tu pun nak tak nak aje bagi

bila datang aje keje pagi hari nie.....
Aku heppy pulak
Nape yer?
Kenape?
Why?
Sebab awal pagi BRIEFING, name aku keluar kena BANG!
BANG dengan ape?
Kena BANG BANG BOOM!
Keh..keh...keh..
Bukan...bukan la...
Kena BANG dengan MYSTERY CUSTOMER
Orang yang dinanti-nantikan untuk menilai staf-staf kat sini
Aku memang dah agak KENA!
Mane tak nye, aku dah tau TIME CUSTOMER TU boleh pulak patah balik lepas beli tiket semata-mata tanya name aku
Nasib baik semua dia puji-puji..
KEMBANG MANGKUK HIDUNG AKU nie dengar..
Dapat la reward sikit dari manager sekeping DUIT HIJAU
Walaupun tak banyak mane dia bagi tapi AKU HAPPY!
AKU HAPPY keje kat sini.. <---- walaupun banyak duit short kui..kui..kui..

Ditambah pulak BIRTHDAY aku
Yipppppppeeee......!!!!
Lagi bertambah suka la KEMBANG TELINGA GAJAH aku
Wah! WAh! Wah!...
Bukan main lagi manager aku kata nak kena kan aku time birthday
Nak baling telur BUSUK yang dia dah peram lame-lame kat rumah tu
Semua boleh pulak gelak jadi riuh pulak kat office tu
Yang buat orang gelak, dia baca RAHSIA DISEBALIK KELAHIRAN BULAN JULAI tu
Dia BANDINGKAN!!?? Satu per satu.. Pastu gelak-gelakkan orang
Aduyaii...
Tapi aku tetap HAPPY.. HAPPY dengan dapat OVERTIME KEJE! huhu~ di hari birthday aku

Aku HAPPY dengan birthday OVERTIME!
AKU HAPPY dengan dapat pujian dari mystery customer
AKU HAPPY tengok staf kat sini ketawa
AKU HAPPY tengok customer riang dan layan kerenah lawak mereka
AKU HAPPY dapat button SMILEY dari MISS J!
AKU HAPPY dapat vest <----- jadi SENIOR



 p.s: muke macam nak makan orang! :p

AKU HAPPY! AKU HAPPY...HAPPY AND HAPPY ENDING...

Thursday, July 1, 2010

Kawen. Kawen Dan Kawen Lagi!

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:59 PM 4 komen
Teringat masa dulu-dulu, time kecik-kecik lagi. Suke sangat main kawen-kawen. Buat nak tergelak bukan kawen dengan laki tapi girl sama girl. Masa tu kat kampung mane ade budak laki pun. Kesian kan. Kan. Kan... Ye kan aje la! Budak laki semua dah pupus time tu. Hehe~ Tak! Tak pun. Budak-budak laki mane nak join main benda-benda macam ni, diorang cakap "Main kawen -kawen ni sesuai dengan pondan, kiteorang laki-laki main TEMBAK-TEMBAK polis-polis ngitu". Sekarang mane nak panggil pondan dah, sekarang ayat BESH! NYAH gitu. Ok dah cukup!


Disebabkan aku sibuk dengan kerja dan tak dapat nak ikut ayah pergi sana pergi sini. So aku tak berape tau sangat perkembangan dunia fotografi ayah sekarang. Bukan tak tau langsung tapi tau la sikit-sikit. Dulu memang rajin la ikut pergi PENANG, KELANTAN, JOHOR dan mane-mane la. Yang baru ni pulak hari SABTU ni ayah nak pergi SEREMBAN. Tak dapat nak ikut jugak HUHU~ Dah la aku ni suke sangat! SANGAT! jalan sana sini. Lagi-lagi kalau dapat makan memang PENTING!

Baru-baru ni ayah dapat siapkan album kawen pengantin dari Bukit Fraser. Time ni sempat lagi pergi sana. Ade la kawan cakap. Best ke pergi sana. Tak ade ape-ape pun kat sana. <<<< yang ni aku cakap next entry nanti. Lagi satu album dari area Kuala Lumpur saje.



Setiap masa aku tengok aje ayah dah mula improve kerja photography satu per satu. Masa mula-mula memang baru mula nak belajar cara-cara ambik angle yang betul kan..kan.. Dulu main pakai shoot sana sini suka suki aje la. Tibe-tibe ayah buat bisnes wedding photographer sebagai pendapatan tambahan. 


Yang ni pulak album terbaru! Chewah.. Eceh~ Ceh~ Macam buat album lagu je. Bukan album lagu tau! Ini album gambar kawen yang style baru. Yang baru ayah buat ni, kelainan daripada yang dulu. Ini sekali dengan album dalam kotak yang dihiasi gambar muka depan album kat kotak tu.




Setakat ni siap 2 album terus ayah pergi hantar kat tuan punya pengantin. Ni pun kelam-kabut aku nak SNAP contoh gambar cepat-cepat sebelum ayah hantar. HUHU~ Sorry la al-maklum la guna camera handphone yang tak berkualiti tu yang tak berape cantik. (Tak lame lagi nak beli camera) <<<< susah nak bawak camera ayah yang agak BESAR tu dan berat.



Contoh kulit belakang album.
Ade la mak kawan aku ni tanya, " Tak lame lagi bila WAWA ni mau kawen, kawan dia dah tunang dan tak lame lagi kawen". Aku boleh SENYUM saje. Tak terlintas nak pikir kawen awal-awal macam ni lagi. Kui* Kui* Umur dah ++ tahun. Akak aku pun belum kawen lagi, lagi la aku? Dalam pikiran aku time tu sape la nak kan kat aku yang SEPET ni. Sebab aku ni memilih orang sampai ke tua tak ade orang yang mau HEHE~


-JODOH TAK KAN KEMANA, SUATU HARI NANTI AKAN MUNCUL JUA-
.:Allah swt akan bagi yang terbaik untuk kita selagi kita berdoa dapat jodoh yang baik-baik:.



Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting