Monday, August 6, 2012

Ubat Penawar Bagi Kucing Kena Racun

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 8:34 AM 28 komen
Assalamualaikum :),


 Baru-baru nie anak kucing Wa kena racun sebab dia jilat semburan ubat untuk hilangkan kurap. Pada mulanya Wa tak tahu kita masih boleh lagi selamatkan kucing walaupun kena racun. Biasa tengok drama orang kena racun tak dapat diselamatkan lagi. Huhu~ <<--- banyak sangat tengok drama lagi.

Ok buat masa nie Wa tahu ada 2 ubat penawar yang boleh sembuhkan kucing kesayangan korang daripada keracunan:

1) Air Nyiur Kelapa Muda


2) Activated Charcoal Tablet

Pertama, kalau korang tengok kucing korang lain macam saje dan jadi tak betul seperti kena sawan, mata hitam menjadi besar dan murung kemungkinan kucing korang terkena racun. Tak kiralah termakan racun tikus ataupun racun rumput janji korang kena bertindak cepat sebelum terlambat.

Anak kucing Wa dia jadi tak betul macam kena sawan ke sana ke sini. Cepat-cepat bagi minum air nyiur Kelapa Tua. Dekat rumah Wa tak ada Arang kayu dan air Kelapa Muda, jadi pakai aje lah air kelapa tua yang kebetulan ada sebab Mak nak buat kuih. Nasib baik ada.

Kalau kucing korang berdegil tak nak minum, paksa saje kucing korang kalau Sayang kucing. Anak kucing Wa berdegil jadi caranya, isikan air nyiur Kelapa Tua tu dalam botol kecil dan terus sumbat dalam mulut kucing.

Ini adalah botol kecil yang memang khas untuk haiwan:
Botol nie dah berapa tahun kat rumah sejak dulu anak kucing Wa sakit tak ada selera makan. Walaupun ada nama "dog it", untuk kucing pun boleh guna. Botol kecil nie boleh didapati di kedai haiwan. Cakap aje kat tauke yang korang nak botol susu bagi kucing minum. Disebabkan lubang puting tu kecil jadi Wa gunting bagi besar senang nanti keluar air banyak. Kalau tak ade time kecemasan, korang boleh aje guna pakai straw suap.

Bagi kucing minum air kelapa banyak-banyak dan selebihnya mandikan kucing tu dengan air kelapa sambil usap-usap kat leher kucing. Itu cara Wa lar bagi dia jadi tenang sikit tak meragam sana sini. Cara satu lagi balut badan kucing dengan kain supaya senang kita nak suap. (Jangan balut ketat pulak, ini untuk yang kena sawan)

Hari kedua, masih lagi Wa bagi anak kucing minum air Kelapa Tua sikit dan Wa gatai bagi jugak air Arang Kayu supaya hilangkan asid racun dalam badan anak kucing. Mana tahu ada lagi kot. Huhu~

Ini Arang Kayu yang digunakan:

Seperti Wa cakap tadi, dekat rumah Wa tak ada Arang Kayu jadi mintak kat jiran sebelah :D HeHe~ Ambik sikit saje tak perlu banyak sangat. Tumbuk guna lesung batu lepas tu masukkan ke dalam air dan sumbat bagi kucing minum. Bagi yang ada Activated Charcoal Tablet ambil separuh tablet saje. Biasa boleh dapatkan Activated Charcoal nie di farmasi.

Anak kucing Wa mula keracunan waktu tengah malam, jadi inilah satu cara-caranya yang Wa dapat buat. Tak kan nak hantar kucing pergi klinik haiwan malam-malam buta. Wa tak tidur seharian jaga anak kucing nie sebab setiap masa Wa sumbat air kelapa tu. Risau punya pasal~ Yang penting kena bertindak cepat kalau dah tahu tanda-tanda kucing tu keracunan. Sebenarnya 3 anak kucing terkena racun tapi.... yang seekor tak dapat diselamatkan sebab LAMBAT BERTINDAK!

Wokeh dah masuk Hari Ketiga tu, Wa suap anak kucing makan bagi ada tenaga. Alhamdulillah! Syukur sangat-sangat! Dah Hari Ketiga anak kucing masih bernyawa lagi sampai sekarang. Cuma awal-awal tu anak kucing tak ada selera makan. Itu biasa, macam Wa jugak bila keracunan makanan sehari dua tak ada selera makan. Dah kurus bertambah kurus lagi. Huhu~

Ini makanan yang diberi:

Hari Ketiga anak kucing dah OK boleh makan sikit makanan kucing walaupun tak makan banyak dan dah mula minum susu ibunya. Seronok sangat! Pada mulanya anak kucing tak mahu makan Whiskas tapi Wa paksa jugak sumbat guna sudu kecil yang rembat kat hotel dulu. Hehe~ Berguna jugak. Kali ini anak kucing boleh makan tanpa paksaan.

Sekarang anak kucing Wa dah mula bermain :) walaupun tak berapa aktif sangat tapi tak apa dia dah OK. Cuma perlu dipantau setiap masa..

Ini gambar anak kucing manjaku:

Yup! She`s SPECIAL! Sebab dia ada 6 jari kaki berbanding kucing lain yang ada 5 jari kaki.. <---- macam Hrithik Roshan pulak..

Thursday, August 2, 2012

Song - Song Couple Running Man

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 6:30 AM 4 komen

Agak terlambat jugak lar Wa baru nak tengok rancangan Running Man nie huhu~ Wa mula tengok sejak berapa hari lepas sampai tak berhenti tengok, asyik sambung dan sambung episode seterusnya. Memang kelakar sangat-sangat tengok reaksi MC Running Man haha! Ini punca Shinzu (kawan Wa) yang tunjuk variety show nie.. Bila Wa tengok  episode yang Shinzu pasang tang SNSD (Shinzu minat SNSD) Wa dah mula suka tengok Running Man :D. Sambil buat muka comel mintak semua episode yang Shinzu ada ke~ ke~ ke~

Sepanjang Wa tengok Running Man sampai episode 10+ baru perasan yang Jae Suk tu macam pernah tengok kat mane ek? kat mane ek? Turn on KBS TV rancangan Happy Together yang rambut kerinting macam Alley Cat sikit tu barulah "Hah! patut lar macam kenal!". Sebab selalu Wa tengok Happy Together gelak-gelak tanpa tau pun nama setiap diorang huhu~

Yang best tengok Running Man nie sebab Jae Suk lar suka sangat buat kelakar. Kwang Soo pulak kesian pulak tengok dia selalu kena buli dengan diorang yang lain. Hehe. ada satu episode tu kelakar bila part Kwang Soo pulak jadik boss XD mula mengarah orang. 

Eh kemana pulak Wa bercerita nie? Tajuk lain tapi cerita lain Hehe~ Sebenarnya Wa memang suka tengok Song Joong Ki dengan Song Ji Hyo. Kan best kalau diorang buat We Got Married pasal diorang nie. Hehe~. Permintaan eamai peminat bukan Wa saje. Wa tak suka tau dalam Running Man ada Monday Couple Ji Hyo dengan Gary hmphh! Kenapa tak buat Ji Hyo dengan Joong Ki... Kan comel jer mereka berdua....

*Sila pause music player ye~http://www.emocutez.com



Buat masa nie Wa baru tengok episode yang ke 40+. Sedih lar bila sampai episode 41, Song Joong Ki terpaksa meninggalkan Running Man sebab dia dah mula sibuk dengan rakaman drama terbaru dia. Huhu~ Air mata Wa keluar bila tengok Song Ji Hyo pun menangis dan juga Kwang Soo. Huhu! Malunya Wa menangis~ ~.~.. Dengar cerita dia akan muncul balik dalam Running Man around episode 65 or 66 gitu. Wah! nanti tengok! 

Sekarang dia tengah buat rakaman drama "Nice Guy" bersama dengan salah seorang daripada Running Man, Lee Kwang Soo. Tak sabarnya nak tengok drama nie. Perwatakan yang Joong Ki pegang kali ni sebagai cold-hearted womanizer. Hah! Nak tahu kena tengok! Drama nie kemungkinan akan ganti Bridal Mask pada September ini. Wah! Harap dapat tengok kat channel KBSWorld yang Wa ada.

Status: tengah demam Running Man haha!~http://www.emocutez.com

Sunday, July 29, 2012

Kerja Sambilan/ Part Time Dari rumah (Jobdirumah)

Sekian, BuBye! dari Wawa Nasir at 11:01 AM 42 komen
Assalamualaikum, http://www.emocutez.com
Banyak kerja sambilan di internet yang boleh kita jumpa dan banyak juga yang hanya penipuan semata-mata saje untuk mengaut keuntungan. Jadi kita pandai2 lar ye siasat dulu sebelum sertai sesuatu bisnes atau program buat duit di internet.

Okeh! Salah satu pendapatan pasif Wa selama ini adalah melalui Jobdirumah. Diorang nie menawarkan latihan untuk bekerja secara Freelance (Kerja Bebas) dengan syarikat antarabangsa. Wow! Bunyi macam menarik jer kan. Tapi Wa dapat pendapatan pasif dari JDR sebagai Agen Affiliate saje. Ini bukti bayaran komisen yang diterima Wawa sehingga ke hari ini.


Wa bermula promosi sejak bulan April tahun ni lagi dengan hanya menggunakan platform Blogspot saje. Percuma saje! Tak perlu pun nak keluar duit promote sana sini bagai yang memenatkan tapi kenalah pandai bermain keyword untuk dapatkan ranking tinggi kat page google. Macam mane tu? Wa akan terangkan untuk next entry kalau ada masa huhuk~

Yang paling best sekali sekarang ni diorang dah naikkan komisen Wawa dan upgrade jadi VIP Partner YAY! http://www.emocutez.com


Seronoknye komisen pun dah bertambah http://www.emocutez.com

Wa bukan saje jadi Agen Affiliate diorang saje tapi Wa bayar untuk sertai latihan yang JDR berikan dengan hanya RM30 jer. Hehe~ Eh macam mane tu? Kat website tu bayaran RM50? Ada tekniknya.. Korang join jadi Affiliate JDR (Percuma saje) lepas tu beli latihan diorang guna link Affiliate korang. Mudah jer! Kalau tak ada duit sangat2 sangat2 lar kan. Join dulu Affiliate JDR lepas tu dah ada duit baru beli latihan diorang. Sebenarnya memang JDR sarankan beli latihan diorang sebab senang nanti nak terangkan kalau ada orang tertanya2 ape kemenda tu.. Bila kita beli kita tahu..

Wa pun tak nak sia-siakan duit yang labur kat sana so, Wa mencuba apa yang diajar dalam latihan tu. Dan Alhamdulillah dapat 1 bayaran dari 1 syarikat dan 1 bayaran daripada majikan individu..



Ok lar dapat sikit pun jadi. Yang mahalnya Wa dapat pengalaman baru dan ilmu baru di dunia internet. Tapi Wa dah berhenti tak nak terima tawaran lagi sebab banyak kerja lain yang Wa nak buat huhuk~ Memang sayang majikan nie nak gunakan service Wa lagi tapi nak buat macam mane banyak lagi projek lain yang nak kena buat. Bila kita kerja dengan diorang nie dan siapkan dalam tempoh diorang bagi so senang diorang akan hire kita lagi.

Kalau berminat untuk sertai dan buat kerja sambilan ni pun boleh. Boleh pergi kat link ni.. KLIK SINI.

Selamat Mencuba http://www.emocutez.com



Cute Onion Club - Onion Head
 

Wawa Takizawa Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | web hosting